Anda sukakan haiwan? Mari lihat haiwan-haiwan yang comel yang boleh dipelihara.

1.Kucing

Terdapat lebih 500 juta ekor kucing di seluruh dunia. Jantung kucing akan berdegup 2 kali lebih pantas berbanding dengan jantung manusia. Untuk menunjukkan rasa suka kepada tuannya, kucing akan menggoyangkan ekornya ketika bersama pemiliknya kerana itulah cara terbaik untuk kucing menunjukkan emosinya.

Untuk mengelakkan kucing mencakar sofa atau barang-barang kita, cuba letakkan bau lemon atau oren di kawasan itu. Nescaya, kucing tidak akan merosakkan barang-barang anda lagi. Kucing juga lebih aktif di sebelah petang.

Anak-anak kucing akan mula bermimpi sejak usia mereka mencecah 1 minggu. Semasa dilahirkan, anak kucing tidak dapat melihat mahupun mendengar. Anak-anak kucing akan mula membuka mataya pada hari kelima selepas dilahirkan. Comelnya anak-anak kucing! (sumber dari Malay reporter)

2.Anjing

Setiap manusia mempunyai haiwan kegemarannya tersendiri. Anjing mempunyai deria bau yang sangat baik berbanding manusia. Anjing juga boleh memahami 250 perkataan dan isyarat. Secara puratanya, kepintaran anjing sama seperti kanak-kanak yang berumur 2 tahun. Menurut Discovery.com, anjing akan mengoyangkan ekornya ke kanan sekiranya mereka gembira dan mengoyangkan ekor ke kiri jika mereka takut.

Anjing juga adalah sejenis haiwan yang setia dengan tuannya. Anjing juga mempunyai memori yang sangat baik untuk mengenali wajah manusia yang pernah membantunya. Bagi yang beragama Islam, jangan pula mahu membela anjing. Tapi tidak salah jika kita membantu anjing yang berada dalam kesusahan.

BACA JUGA :   Ketahui Universiti Menarik di Indonesia

3.Hamster

Sejenis haiwan kecil yang menyerupai tikus tetapi menjadi kegilaan para pencinta haiwan. Hamster akan aktif pada waktu malam dan akan mula berehat pada tengah hari. Hamster adalah binatang yang paling mudah untuk dijaga kerana hamster akan sentiasa berada di dalam sangkar. Anda haruslah membersihkannya setiap hari agar bulunya tidak terlihat kotor dan lusuh.

Saat bermain dengannya, jangan pula memegangnya dengan cara berdiri. Ia akan menyebabkan haiwan itu menjadi stress. Sebaliknya memegang mereka dalam keadaan duduk.

4.Sugar Glider

Kebanyakan orang menganggap haiwan ini sebagai tikus, kelawar dan tupai. Ini kerana rupanya yang seakan-akan sama dengan haiwan tersebut. Sugar glider sangat suka makanan manis tapi jangan pula bagi makanan yang terlalu banyak gula. Sugar glider juga tidak perlu dimandikan sebab haiwan ini sangat pembersih. Walaupun kencing merata-rata tapi dia akan bersihkan dirinya semula.

Sugar glider mempunyai sayap dan sayapnya dipanggil patagium. Patagium adalah lapisan membran yang terletak di sisi badan sugar glider.

5.Kura-kura

Sesetengah orang tidak suka pada haiwan yang berbulu jadi kura-kura merupakan haiwan yang paling sesuai untuk dipelihara. Kura-kura juga sesuai bagi anda yang tidak mampu untuk memberikan banyak perhatian tapi jangan pula tidak menghiraukannya langsung. Makanannya juga mudah untuk disediakan seperti sayur dan daun.

BACA JUGA :   MEWUJUDKAN IMPIAN MENJADI DOKTOR, BELAJAR ILMU TERBARU DALAM BIDANG PERUBATAN DI LUAR NEGARA

Anda pencinta haiwan? Mempunyai cita-cita untuk menjadi Doktor Haiwan? Jom capai impian anda di sini.

Adakah anda teringin untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang veterinar? Cara mudah untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, Daulah Educonsult ada jalan penyelesaiannya.

Apa itu Daulah Educonsult? Daulah Educonsult merupakan agensi yang menguruskan dan menghantar pelajar yang akan menyambung pelajaran ke luar negara.

Kalau nak tahu, Daulah Educonsult sudah banyak menguruskan dan menghantar pelajar-pelajar ke luar negara.Tak mustahil impian dan cita-cita anda yang ingin menyambung pengajian di luar negara akan tercapai. Daulah Educonsult merupakan agensi yang terbaik dalam menguruskan hal ehwal pelajar yang belajar di luar negara. Bukan calang-calang.

Jika anda berminat dan ingin merialisasikan cita cita anda untuk melajutkan pengajian di luar negara, anda boleh mengisi borang di Google Form:

Hubungi konsultan Daulah Educonsult di 018-9624322 (customer service), 03-9285 1322 (Pejabat) atau melalui emel daulahmedic@gmail.com atau layari https://daulahmedic.com/  untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here