Pembelajaran yang berterusan adalah amat penting bagi setiap individu , lebih-lebih lagi dalam era pemodenan kini. Peluang kerjaya yang semakin berkurang dan begitu mementingkan sijil membuatkan wujudnya persaingan untuk mendapatkan jawatan terbaik di sesebuah organisasi.

Dunia yang kian mencabar membuatkan kita perlu lebih fokus dan mempunyai matlamat yang besar dalam setiap perkara yang kita lakukan. Terutama sekali mestilah matlamat untuk berjaya dan mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam bidang pelajaran yang diambil.

Sering berlaku dimana hari-hari belajar tetapi masih tidak faham dan fokus dalam pelajaran. Apakah penyebab perkara sebegini berlaku dan apa pula cara mengatasinya?

Jangan bimbang! Ini antara 6 cara belajar yang paling efektif untuk mengatasi masalah anda!

#Mengatur masa dengan baik

Anda wajib mengatur masa dengan bijak kerana ia akan memberikan kualiti belajar yang baik kepada anda. Dalam sehari hadkan 2 jam waktu belajar dan pastikan anda meletakkan 5 minit masa untuk berehat sebelum menyambung semula.

Pilihan waktu efektif juga berbeza bagi setiap individu. Ada yang waktu petangnya lebih efektif berbanding waktu malam dan ada juga yang  sebaliknya. Jadi, anda perlu bijak memilih dan menyusun waktu belajar mengikut kesesuaian anda.

#Dapatkan tempat sesuai untuk belajar

Pemilihan tempat belajar yang sesuai juga amatlah penting. Salah memilih lokasi belajar dengan baik akan mengganggu proses belajar anda.

BACA JUGA :   Musim durian tiba, kambing pun tak lepas peluang

Anda bakal hilang fokus dan tidak faham dengan apa yang anda belajar. Antara lokasi yang sesuai dipilih adalah di perpustakaan, bilik belajar atau tempat yang tidak terlalu bising.

#Buat ringkasan

Membuat ringkasan tentang perkara yang anda belajar selepas tamatnya sesi belajar adalah amat penting. Nota ringkas akan membantu anda untuk lebih mengingati apa yang anda baca dan mudah untuk anda fahami.

Pelbagai jenis bentuk nota ringkasan yang boleh anda lakukan, sama ada berbentuk peta minda ataupun “point”. Pastikan nota anda menarik dan berwarna-warni supaya memberi minat buat anda untuk membaca semula.

#Fahami definisi dan maksud

Memahami definisi dan maksud setiap yang anda baca juga perlu dititikberatkan.

Jika anda tidak faham akan definisi atau maksud ayat ia akan memberikan masalah untuk anda memahami keseluruhan cerita. Jadi penting untuk anda faham maksud setiap ayat supaya ia boleh diterjemah kepada maksud yang sama.

#Buat kumpulan belajar

Belajar dalam kumpulan juga membantu anda untuk bertukar-tukar pendapat tentang apa yang anda pelajari.

Pendapat yang berbeza-beza bakal memberikan ingatan yang kuat dalam minda anda untuk terus mengingati isi-isi yang penting dalam bacaan. Jadi, lakukanlah aktiviti belajar dalam kumpulan kerana ia sangat membantu.

BACA JUGA :   Lanjut Pengajian Bidang Perubatan Di Kursk State Medical University, Rusia Sesi September 2021!

#Rehat yang mencukupi

Belajar memanglah penting tetapi rehat yang mencukupi juga perlu dititikberatkan supaya apa yang kita pelajari sentiasa dalam ingatan.

Kalau kurang rehat dan sering letih juga bakal membuatkan anda cepat bosan dan cepat hilang fokus.

Adakah 6 cara efektif tersebut membantu anda bagi lebih fokus dalam pelajaran? 

Anda boleh mencuba untuk menggunakan cara tersebut dan melihat hasilnya. Mudah bukan caranya, cuma perlu titikberatkan beberapa faktor penting saja.

Jadi kemanakah hala tuju anda selepas ini? Apakah anda sudah mempunyai matlamat kemana anda ingin sambung pengajian anda?

Masih tidak ada idea untuk menyambung pengajian dimana tetapi belajar sudah bermati-matian?

Tidak perlu susah-susah fikir anda boleh dapatkan info terus tentang pengajian ke luar negara di website www.daulahmedic.com.

Pelbagai bidang menarik ditawarkan. Ingin set appointment bersama Daulah Educonsult ?

Boleh direct call/whatsapp di talian hotline mereka di :-

Customer service 1: (018-9624322) https://wa.me/60189624322 
Customer service 2: (018-2429322) https://wa.me/0182429322

Daulah Educonsult sedang membuka  pengambilan pelajar baru bagi kemasukan September ini, jika anda berminat boleh juga klik DISINI untuk pra pendaftaran online.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here