Rasa mengantuk yang tiba-tiba muncul sering mengganggu kita, lebih-lebih lagi waktu sedang belajar. Perkara ini sangat sukar untuk dihindari terutamanya apabila anda sedang mempelajari subjek yang tidak berapa digemari. Sudah pasti anda gagal untuk fokus! Keletihan dan tidak cukup tidur adalah antara faktor anda cepat berasa mengantuk. Jadi, saya ingin kongsikan lima (5) cara untuk menghilangkan rasa mengantuk semasa belajar. Jom!
#1 Jangan Bersandar
Posisi duduk amatlah mempengaruhi kesegaran tubuh anda. Jadi, lebih elok jika anda duduk dengan tegak semasa sedang belajar. Ia juga dapat menghindarkan rasa malas semasa belajar. Paling penting sekali, elakkan belajar di tempat tidur anda! Daripada ada rasa ingin belajar, ia akan membuat anda mula rasa mengantuk sekaligus dapat menyebabkan anda terus tertidur.
#2 Minum Air Kosong
Langkah ini merupakan langkah yang paling mudah, tetapi ramai yang mengambil ringan tentang ini. Pengambilan air kosong adalah lebih baik daripada pengambilan kafein. Tambahan lagi, minum air kosong yang cukup dapat mengatur suhu badan dan menambah metabolisme. Pastikan diri anda terhidrasi kerana dehidrasi dapat mengakibatkan badan anda cepat letih.
#3 Basuh Muka
Apabila terasa mengantuk, anda patut bangun dan pergi ke tandas. Cucilah muka anda bagi menghilangkan rasa mengantuk tersebut. Sebenarnya, waktu anda berjalan menuju ke tandas itu juga satu cara yang dapat menghilangkan ngantuk.
#4 Senaman Ringan
Mengantuk berpunca daripada kurangnya pergerakan tubuh badan. Jika anda berada di dalam kelas, anda boleh melakukan senaman ringan ini di tempat duduk anda sahaja. Cukup sekadar menggoyangkan tangan dan kaki. Hal ini dapat membantu otot anda untuk lebih relax dan anda dapat kembali fokus.
#5 Doa
Bagi orang Muslim, tahukah anda sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk? Ayat ini boleh diamalkan apabila anda rasa mengantuk ketika belajar.
Semoga cara-cara ini dapat membantu anda untuk lebih fokus semasa belajar. Selamat mencuba!
DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA
Anda ada keinginan untuk sambung belajar ke luar negara? Daulah Educonsult ada cara mudah untuk merealisasikan impian anda! Kami adalah sebuah agensi yang mengurus dan menghantar pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.
Terdapat pelbagai bidang yang ditawarkan. Antaranya, Pengajian Islam, Pra-Perubatan, Perubatan, Veterinar, Pergigian dan banyak lagi.
BERMINAT?
Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:
-
- Customer Service 1 : 018-9624322 https://wa.me/60189624322
- Customer Service 2 : 018-2429322 https://wa.me/0182429322
- Tuan Syed Fuad : 018-2429322 https://wa.me/0182429322
- Pejabat : 03-92851322
Atau anda boleh layari kami di platform berikut:
-
- Facebook : https://www.facebook.com/DaulahMedic/
- Website : https://daulahmedic.com/
- Email : daulahmedic@gmail.com
Alamat Pejabat :
No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.
“Ayuh realisasikan impian anda bersama Daulah Educonsult”