Perkara pertama yang orang ramai fikir mereka perlukan pada waktu pagi adalah secawan kopi panas. Kafein dalam kopi boleh membantu melawan rasa mengantuk dan membuat anda merasa kekal bertenaga di waktu pagi.
Walau bagaimanapun, pengambilan kafein berlebihan boleh menyebabkan insomnia, kegelisahan, degupan jantung laju atau sakit perut. Mujurlah, ada cara semula jadi yang berkesan untuk terus segar tanpa pengambilan kafein. Jadi bagaimana untuk kekal segar bertenaga tanpa mengambil kafein? Ini adalah 5 cara untuk kekal segar tanpa kafein.
#1 BERJALAN DENGAN PANTAS
Berjalan kaki 10 minit yang cepat dapat meningkatkan oksigen ke otak, urat dan otot anda. Lonjakan tenaga ini boleh bertahan selama beberapa jam.
#2 MINUM AIR
Air merupakan minuman tenaga alam dan kandungan di dalam air mengandungi oksigen yang dapat membantu anda untuk kekal segar. Minum cukup air boleh meningkatkan oksigen dalam otak dan membuatkan tubuh anda penuh bertenaga. Selain itu, minum cukup air iaitu 8 gelas sehari dapat meningkatkan system imunisasi, meningkatkan tumpuan serta sakit kepala.
Kredit: wanista.com
#3 MAKAN MAKANAN ‘BERTENAGA’ YANG SIHAT
Gula rendah dalam darah boleh membuatkan anda berasa letih dan sukar untuk memberi tumpuan kepada kerja. Makanan yang mempunyai kandungan gula boleh memberi anda tenaga untuk melakukan kerja seharian. Makanan yang memberi rangsangan tenaga yang cepat tetapi juga baik untuk kesihatan anda adalah seperti:
- Yogurt
- Buah-buahan segar
- Kekacang
#4 CUCI MUKA DENGAN AIR SEJUK
Air sejuk dapat menyegarkan badan anda. Air sejuk pada kulit dapat merangsang peredaran di seluruh tubuh dan menghalau debu kotoran dari kulit. Cucilah muka anda dengan air sejuk beberapa kali sehari. Dijamin anda tetap segar selama melakukan aktiviti seharian.
Kredit: wanista.com
#5 MENGGUNAKAN TEKNIK PERNAFASAN
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengambil nafas dalam dapat membantu meningkatkan tahap oksigen darah. Ini boleh membuatkan degupan jantung anda lebih laju, dan menurunkan tekanan darah anda, serta menggalakkan aliran darah dan meningkatkan tenaga.
Seterusnya, untuk memulakan latihan, duduk secara tegak. Kemudian letakkan satu tangan pada perut anda. Elakkan bernafas melalui hidung anda sehingga anda merasakan perut anda meningkat. dada anda tidak boleh bergerak. Kemudian bernafas keluar melalui mulut anda. Untuk mengambil nafas dalam dengan betul, perut anda akan meningkat apabila anda menyedut udara. Anda boleh melakukan senaman ini pada bila-bila masa, di mana sahaja.
Kini anda sudah tahu bagaimana caranya untuk kekal segar bertenaga tanpa perlu mengambil sebarang kafein. Cara ini lebih sihat dan baik berbanding pengambilan kafein berlebihan yang boleh memberi risiko pelbagai penyakit.
DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA
Anda ada keinginan untuk sambung belajar ke luar negara? Daulah Educonsult ada cara mudah untuk merealisasikan impian anda! Kami adalah sebuah agensi yang mengurus dan menghantar pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.
Terdapat pelbagai bidang yang ditawarkan. Antaranya, Pengajian Islam, Pra-Perubatan, Perubatan, Veterinar, Pergigian, dan banyak lagi.
BERMINAT?
Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:
- Customer Service 1 : 018-9624322
- Customer Service 2 : 018-2429322
- Tuan Syed Fuad : 0132090322
- Pejabat : 03-92851322
Atau anda boleh layari kami di platform berikut:
- Facebook : https://www.facebook.com/DaulahMedic/
- Website : https://daulahmedic.com/
- Email : daulahmedic@gmail.com
Alamat Pejabat: No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.
“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”