Disini saya kongsikan petua untuk hilangkan sakit gigi dan bahan-bahan yang tersedia ada di dalam rumah.
Air garam dan limau nipis
Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan hingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurangan.
Minyak Gamat
Cara menghilangkan sakit gigi ini, tidak ramai orang tahu. Cuba letakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit.
Daun Serai
Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.
Asam Jawa
Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.
Tomato Muda
Ambil buah tomato muda yang dibelah dua, kemudian masukkan tomato ke bahagian yang sakit tadi. Andai kata gigi anda dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya.
Setelah itu kumur-kumurlah dengan air apabila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai Insya-Allah sakit gigi akan hilang. Kredit- SirapLimau
Adakah anda teringin untuk melanjutkan pelajaran bagi bidang pergigian? Cara mudah untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, Daulah Educonsult ada jalan penyelesaiannya.
DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA
Anda ada keinginan untuk sambung belajar ke luar negara? Daulah Educonsult ada cara mudah untuk merealisasikan impian anda! Kami adalah sebuah agensi yang mengurus dan menghantar pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.
Terdapat pelbagai bidang yang ditawarkan. Antaranya, Pengajian Islam, Pra-Perubatan, Perubatan, Veterinar, Pergigian, dan banyak lagi.
BERMINAT?
Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:
- Customer Service 1 : 018-9624322
- Customer Service 2 : 018-2429322
- Tuan Syed Fuad : 0132090322
- Pejabat : 03-92851322
Atau anda boleh layari kami di platform berikut:
- Facebook : https://www.facebook.com/DaulahMedic/
- Website : https://daulahmedic.com/
- Email : daulahmedic@gmail.com
Alamat Pejabat: No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.
“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”