MUSIM raja buah telah pun tiba. Ia bukan sahaja digemari kita semua, malah turut digemari haiwan.

Tular sebuah video seekor kambing sedang makan durian yang mendapat perhatian warga netizen. Agak lucu apabila kambing itu membenamkan seluruh kepala dalam kulit durian yang dibuka sebahagiannya itu.

Namun tidak pasti siapa yang mengopek durian itu, jika kambing itu mengopeknya sendiri, memang hebat kambing itu. Video berdurasi 24 saat itu dirakam oleh seorang lelaki tetapi tidak pasti di mana lokasi tersebut dan juga tidak pasti juga sama ada pemilik kebun durian atau pemilik kambing itu sendiri.

“Tengoklah kambing tu… Kambing, sampai putih muka makan. Tengok-tengok tu… Mengalahkan manusia kambing ini makan (durian). Tengok, tengok, tengok…,” katanya dalam loghat utara.

BACA JUGA :   6 Cara Efektif Belajar - Mudah Difahami!

Namun, kambing tersebut tidak hiraukan sekeliling dan terus makan durian tersebut sehingga comot mukanya.
Credit to : SINAR HARIAN

https://www.sinarharian.com.my/article/35904/BERITA/Viral/Musim-durian-tiba-kambing-pun-tak-lepas-peluang

DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA

Anda ada keinginan untuk sambung belajar ke luar negara? Daulah Educonsult ada cara mudah untuk merealisasikan impian anda! Kami adalah sebuah agensi yang mengurus dan menghantar pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Terdapat pelbagai bidang yang ditawarkan. Antaranya, Pengajian Islam, Pra-Perubatan, Perubatan, Veterinar, Pergigian, dan banyak lagi.

BERMINAT?

Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

BACA JUGA :   Tanpa SPM & STAM, Pelajar Dapat Belajar Di Madrasah Daulah

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Alamat Pejabat: No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here