SEJARAH FAKULTI PERGIGIAN DI DHAKA

Bidang Pergigian, Dhaka adalah antara yang terbesar di Bangladesh. Ia merupakan kolej pertama yang menawarkan pergurusan dalam bidang pergigian. Ditubuhkan pada bulan Ogos, 1961 dan merupakan satu-satunya kolej pergigian di bawah kerajaan Bangladesh dengan mempunyai 200 katil hospital di Mirpur 14, Dhaka.

Kolej Pergigian Dhaka bermula setelah 6 orang pelajar mendaftar untuk jurusan perubatan di Dhaka Medical College (DMC) pada tahun 1961.

Pada tahun 1963 Kolej tersebut telah beralih ke (tingkat 2) DMCH luar dari bangunan pesakit. Feb, 1965 Kolej Pergigian telah mengasilkan keluaran yang pertama pelajar yang berkelayakan sebagai doktor BDS.

Dalam Tahun Kewangan 1987-88, Projek baru telah  diambil oleh Rakyat Republik Bangladesh untuk membina bangunan baru bagi kolej pergigian Dhaka di Mirpur. Pada 6hb April, 1998 Bangunan baru di Mirpur telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Yang Mulia Shiekh Hasina & menciptakan era moden bagi bidang pergigian di Dhaka.

Pada bulan Mac, 2000 Semua aktiviti Institusi bermula di kampus baru di Mirpur. Ia diiktiraf sebagai institusi pendidikan pergigian yang terbaik di Bangladesh.

Credit to http://www.dhakadental.gov.bd/

Credit to http://www.dhakadental.gov.bd/

PELUANG KEMASUKAN

Kemasukan ke fakulti pergigian di Dhaka tidaklah begitu sukar seperti tahun-tahun sebelum ini. Oleh kerana ia merupakan satu-satunya kolej yang menawarkan bidang pergigian di Bangladesh, pemilihan kemasukan pelajar juga dipilih dan ditapis terlebih dahulu. Kolej Pergigian Dhaka begitu mementingkan kualiti seseorang pelajar.

BACA JUGA :   Peluang Pelajar Lepasan SPM & STAM Sambung Belajar Di Timur Tengah

Kebanyakan pelajar mereka adalah dari negara South Asian Association for Regional Cooperation (SAARC) iaitu India, Pakistan, Nepal, Bhutan, Sri Lanka, Maldives Afganistan. Kemasukan terhad mengikut negara. Tetapi bagi tahun-tahun kedepan ini pemilihan kemasukan  lebih mudah dan terbuka.

YURAN PENGAJIAN RENDAH?

Ya! Yuran pengajian yang rendah antara faktor pelajar dari seluruh pelusuk negara memilih Dhaka Dental College Bangladesh (DDC) sebagai universiti pilihan mereka. Negara SAARC ditawarkan yuran yang lebih rendah berbanding negara-negara yang lain. Bagi negara yang bukan sebahagian dari SAARC pula yuran tidak melebihi RM160K bagi keseluruhan yuran untuk 5 tahun, ini masih memberikan kelebihan terhadap universiti ini menerima kemasukan pelajar dari negara-negara lain.

Yuran pengajian DDC juga telah termasuk dengan pengurusan pertama, yuran pengajian 5 tahun, kos-kos sebelum pelajar berangkat dan kos praktikal di hospital Bangladesh. Pelajar Malaysia boleh buat semakan di laman web Daulah Educonsult.

BACA JUGA :   Perkara Yang Perlu Dilakukan Oleh Pesakit Muslimah Buat Rawatan Gigi

KUALITI DHAKA DENTAL COLLEGE

Pusat belajar ini penuh dengan fasiliti yang disediakan kepada pelajar luar dan dalam negara. Hospital pergigian yang terbesar di Bangladesh merupakan antara salah satu fasiliti yang boleh digunakan oleh semua pelajar pergigian. Mempunyai 200 katil untuk pesakit, kemudahan ujian Patologi, Radioterapi, OPG, semua jenis perkhidmatan X-ray umum dan Gigi, CT scan, MRI, Ultrasonography, ECG dan banyak lagi.

Keluaran pakar pergigian juga kebanyakannya dari kolej ini. Ini boleh dilihat dari terdapat pakar-pakar di hospital pergigian tersebut. Antaranya pakar dalam Oral and Maxillofacial Surgery, Orthodontics, Periodontics ,Endodontics dan lain-lain. Boleh dilihat keluaran dari DDC bukanlah calang-calang pelajar.

Syarat kelayakan kemasukan pelajar luar negara? Terutamanya di Malaysia boleh semak di laman web Daulah Educonsult iaitu agen yang menguruskan pelajar di luar negara untuk pelbagai negara.

Boleh tekan je link ini <<SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN>>        

Untuk maklumat lanjut mengenai peluang kemasukan ke Dhaka Dental College boleh terus hubungi :

Tuan Syed Fuad :013-2090322
Cik Nabila :013-2853903
Email :daulahmedic@gmail.com
Alamat pejabat : No.1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur.

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here