Pengalaman Latihan Industri di Daulah Holding Sdn Bhd

0
3882

          Latihan industri merupakan satu tempoh untuk pelajar merasai alam pekerjaan yang sebenar. Jadi untuk entri kali ini, saya mahu kongsikan sedikit pengalaman semasa menjalani latihan industri di Daulah Holding Sdn Bhd selama 13 minggu sebagai pembantu akaun. Bagi orang seperti saya yang tiada pengalaman kerja sebelum ini, memang agak tertekan dan kekok jugala masa mula-mula masuk dahulu. Lama-kelamaan baru saya tersedar bahawa syarikat Daulah Holding banyak memberi pendedahan kepada realiti alam perkerjaan yang sebenar. Sebelum saya cerita segala pengalaman sepanjang saya berada di syarikat ini, jom kenali Daulah Holding Sdn Bhd.

             Daulah Holding Sdn Bhd diasaskan oleh Tuan Syed Fuad bin Syed Othman. Daulah Holding yang berpusat di Ampang, Kuala Lumpur merupakan sebuah syarikat yang menjadi penaung kepada beberapa anak syarikat seperti Daulah Educonsult Sdn Bhd, Daulah Land Group, Daulah Travel & Tours, Daulah Ilmi Plt, Daulah Media Group dan Yayasan Assegaff.

 

           Masih segar di ingatan saya, pada minggu pertama banyak kali terdetik dalam hati rasa nak berhenti. Biasalah, orang tiada pengalaman bekerja memang mudah tertekan. Yelah, mana taknya, banyak input yang perlu diserap dalam satu hari. Lagi-lagi Daulah Holding Sdn Bhd ada banyak anak syarikat. Memang kepala rasa nak meletup masa itu. Kalau habis kerja, mesti kepala akan sakit. Ah! Memang mematahkan semangat untuk meneruskan latihan industri.

I CAN’T BELIEVE IT TOO! I NEED A NEW HEAD EVERY DAY

        Apa yang saya perasan selama menjalani latihan industri di Daulah Holding Sdn Bhd, Tuan Pengarah amat menitikberatkan tentang attitude dan nilai dalam diri seseorang. Saya masih ingat lagi, beliau pernah berkata sesuatu dan sehingga kini saya masih berpegang dengan kata-kata beliau, 

Jika attitude kamu tidak bagus, kamu tidak akan kemana-mana.”

ATTITUDE IS EVERYTHING

       Perkara kedua yang hendak saya kongsikan ini sebenarnya telah banyak mengubah diri saya. Kalau dahulunya saya seorang yang hanya dapat membuat satu kerja dalam satu masa, tetapi kini saya boleh katakan saya sudah memiliki kemampuan multitasking. Seperti yang saya beritahu, jawatan saya adalah sebagai pembantu akaun di syarikat ini. Sepanjang saya menjalani latihan industri di Daulah Holding Sdn Bhd, saya bukan hanya menguruskan akaun harian syarikat tetapi juga melibatkan diri dalam sales and marketing. Daripada zero ilmu marketing, kini saya sudah ada sedikit bekalan ilmu marketing dalam diri untuk digunakan di luar nanti.

BACA JUGA :   Pendaftaran ke Universiti Luar Negara

Multitask JANGAN sampai HILANG FOKUS!

    Selain itu, saya banyak didedahkan dengan perkara-perkara baharu yang menyeronokkan. Antaranya, cara menulis copywriting yang bertujuan untuk mengiklankan produk atau servis yang ditawarkan sekaligus mempelajari cara menjalankan FacebookAds untuk setiap bulan. Dulu kalau orang tanya “Awak pernah buat copywriting tak?”, saya memang geleng sahaja. Tapi nak cakap sekarang saya hebat buat copywriting tu, tidaklah. Saya cuma olah copywriting orang sebelum-sebelum ni sahaja. Seterusnya, saya juga belajar cara menulis artikel yang betul untuk website www.deenamik.com. Kalau anda bosan-bosan, bolehlah kunjungi website tersebut. Terdapat banyak artikel yang menarik! Sebenarnya, banyak lagi perkara baharu yang saya pelajari, tapi kalau nak diceritakan semua, memang sampai esok tak habis cerita. ??

BACA JUGA :   Indonesia bakal tutup pulau Komodo kepada pelancong

     Dalam banyak-banyak perkara, ada satu perkara yang paling best selama saya menjalani latihan industri di Daulah Holding Sdn Bhd. Di sini tiada masalah tentang bermasam muka atau ketidapuasan  hati. Mungkin antara salah satu faktornya ialah kami selalu mengadakan meeting dan brainstorming berkongsi idea dan menyelesaikan masalah. Kami juga tidak menggunakan istilah “Saya kerja saya, awak kerja awak.” Syarikat Dauhlah Holding Sdn Bhd mengamalkan kerja secara berpasukan. Secara tidak langsung, hubungan sesama kami menjadi erat. Rasanya dah tak terkira jari ini berapa kali kami keluar bersama. Dah alang-alang ni, saya rasa nak kongsi sedikit moment bersama rakan-rakan di Daulah Holding. 

A good snapshot keeps a moment from running away.

     Sekian sahaja penulisan entry saya kali ini. Semoga perkongsian ini dapat menarik minat anda untuk cuba menjalani latihan industri di Daulah Holding Sdn Bhd. Sebelum saya terlupa, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Syed Fuad yang banyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang berjaya pada masa akan datang. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan Daulah Holding Sdn Bhd. Terima kasih untuk segala tunjuk ajar dan untuk segala memori yang kita cipta bersama. Semoga berjaya, semua!

credit: https://bit.ly/2K6qXR1 


 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here