Paru-paru ‘Popcorn’ Berpunca dari Vape

0
2247

VAPE

Rokok elektrik atau turut dikenali sebagai vape, adalah memasukkan nikotin ke dalam paru-paru dan saluran darah tanpa asap dan tar rokok biasa. Tetapi masih membahayakan kesihatan anda, terutama yang menawarkan perisa.

Vape, berfungsi dengan bateri untuk memanaskan nikotin, perasa dan bahan kimia lain dan diubah menjadi wap yang akan anda sedut. Terdapat pelbagai bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser terdapat di dalamnya, termasuk formaldehyde, logam berat dan zarah yang boleh tersekat pada bahagian paru-paru anda.

Terdapat beberapa bahan kimia dalam vape boleh mendatangkan kerengsaan pada saluran udara dalam paru-paru, dan ia pasti akan menimbulkan masalah. Terdapat kajian yang menyatakan perasa seperti kayu manis (cinnamon) yang digunakan pada vape juga boleh mengakibatkan keradangan sel-sel paru -paru dan juga masalah seperti paru-paru ‘popcorn’.

PENYEBAB PARU-PARU ‘POPCORN’?

Terdapat satu bahan kimia, diacetyl, yang terkandung dalam sesetengah bahan perasa, dikaitkan dengan penyakit paru-paru yang serius dipanggil bronchiolitis obliterans atau turut dikenali sebagai paru-paru ‘popcorn’ (popcorn lung).

Penyakit itu mendapat namanya kerana individu yang bekerja di kilang penghasilan bertih jagung (popcorn) mendapat masalah paru-paru yang serius kerana bernafas dalam diacetyl. Bahan ini digunakan dalam proses perasa bagi bertih jagung, karamel, dan produk tenusu. Kaedah yang dihidu oleh pengguna vape adalah sama seperti cara pekerja kilang bertih jagung tersebut menghidunya.

 

Bahan lain yang boleh mengakibatkan paru-paru ‘popcorn’ ini adalah acetaldehyde, bahan kimia yang terdapat dalam asap rokok dan jugak rokok elektronik yang turut boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan mulut, tekak dan perut.

BACA JUGA :   Saga 2019 Menepati Cita Rasa Pengguna Masa Kini?

SIMPTOM

Diacetyl, akan menyebabkan luka kecil pada kantung udara pada paru-paru anda yang akan membuatkan saluran udara menjadi tebal dan sempit dan boleh mengakibatkan batuk kering, sesak nafas, kesukaran bernafas yang merupakan antara simptom utama.

Ia akan muncul dalam tempoh 2 minggu dan 2 bulan anda terdedah kepada bahan berbahaya ini. Anda akan berdepan masalah ini apabila anda bersenam atau melakukan tugasan berat. Jika anda menjalani pemindahan paru-paru, ia mungkin mengambil masa beberapa tahun untuk menunjukkan simptomnya.

Antara simptom lain seperti sakit kepala, demam, gangguan pada mata, kulit, hidung, dan tekak anda serta masalah kesihatan lain.

KAEDAH MERAWAT

Paru-paru ‘popcorn’ adalah satu masalah kesihatan yang kekal dan tiada ubat yang dapat mengubatinya. Jadi adalah amat penting untuk mendapat tahu mengenainya pada peringkat awal agar kita boleh berusaha melambatkan atau mencegahnya dari menjadi semakin buruk.

  • Jika anda mendapat masalah paru-paru ‘popcorn’ ini kerana bernafas dalam bahan kimia berbahaya, anda perlu mengelakkannya. Mungkin anda boleh memakai alat perlindungan atau mungkin anda perlu menukar kerja demi kesihatan anda.
  • Doktor mungkin akan memberikan anda antibiotik atau steroid untuk mengurangkan kerengsaan dalam saluran pernafasan anda.
  • Ubatan yang dapat memperlahankan sistem imunisasi anda dapat membantu melindungi bronkiol anda dari berdepan kerosakan yang lebih teruk.
  • Doktor akan memberikan anda ubat untuk membantu mengurangkan batuk dan mungkin akan memberikan oksigen bagi memudahkan anda untuk bernafas.
BACA JUGA :   KKM Pendekkan Tempoh Kuarantin Kepada 10 Hari.

JADI MAHASISWA DAN PEGAWAI PERUBATAN BERTAULIAH DENGAN DAULAH EDUCONSULT!

Anda berminat untuk menjadi pegawai perubatan? Daulah Educonsult akan membantu anda untuk merealisasikan impian anda!

Dengan Daulah Educonsult, anda tidak perlu ragu-ragu dengan perkhidmatan yang ditawarkan kerana Daulah Educonsult telah menghantar ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara dan mempunyai pengalaman dalam menguruskan pelajar-pelajar yang berminat meneruskan pengajian di luar negara.

Apa itu Daulah Educonsult?

Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi yang mengurus dan menghantar pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Andakah ada berkeinginan untuk sambung belajar ke luar negara? Daulah Educonsult ada cara mudah untuk merealisasikan impian anda!.

BERMINAT?

Kepada mereka yang berminat bolehlah mendaftar di link yang dibawah ini

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Atau anda boleh hadir ke pejabat kami yang beralamat di No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here