Waktu tidur yang normal bagi individu adalah sekitar 8 jam sehari. Namun ini mungkin agak sukar dicapai ekoran faktor pekerjaan, mempunyai anak dan lain-lain urusan seharian. Kadangkala, individu sendiri tidak sedar bahawa waktu tidur mereka sendiri tidak mencukupi. Persoalannya, bagaimana untuk mengetahui bahawa anda sebenarnya tidak mendapatkan tidur yang cukup? Ikuti artikel ini untuk mengetahui tanda-tanda anda tidak cukup tidur.

#1. Rasa letih dan penat setiap kali bangun tidur

Image result for tidak cukup tidur

Paling jelas, badan anda akan rasa sangat letih dan penat setiap kali bangkit daripada tempat tidur. Meskipun pada persepsi anda tidur 4 hingga 6 jam sehari sudah mencukupi, ia adalah tidak benar. Ini kerana tubuh anda tidak dapat rehat dengan secukupnya lalu menyebabkannya tidak sempat untuk menjana semula tenaga.

#2. Mata anda akan menunjukkan kesan

Image result for tidak cukup tidur

Daripada mata individu, kita boleh melihat bahawa mereka mendapatkan tidur yang cukup atau tidak. Jika ya, mata mereka akan kelihatan normal sahaja. Jika tidak, mata mereka akan kelihatan kemerahan dan sekeliling mata akan menjadi kehitaman atau lebih dikenali sebagai ‘mata panda’. Ini semua berlaku akibat badan anda tidak dapat mengawal hormon lalu menyebabkan tisu tidak dapat diperbaiki semasa sedang tidur.

#3. Kulit anda akan juga menunjukkan kesan

BACA JUGA :   Sambung Pengajian Bidang Perubatan Di Kursk State Medical University.

Image result for tidak cukup tidur

Selain mata, kulit juga boleh menjadi indikator individu tidur dengan cukup atau tidak. Antara tanda individu tidak cukup tidur adalah kulit mereka akan tumbuh banyak jerawat terutamanya di bahagian muka. Ada kajian yang menunjukkan bahawa terdapat kaitan antara waktu tidur dengan pertumbuhan jerawat. Menurutnya, kurang tidur akan mengakibatkan badan tidak dapat mengawal hormon selain merosakkan sistem imun dalam badan individu.

#4. Berat badan bertambah

Semasa tidur, badan anda dapat mengawal hormon ghrelin dan leptin iaitu hormon yang mengawal rasa lapar anda dengan sebaiknya. Disebabkan itu, anda akan kerap rasa lapar dan cenderung untuk makan lebih daripada keperluan jika anda tidak mendapatkan tidur yang secukupnya. Ini sekaligus akan mengakibatkan berat badan anda bertambah dengan mendadak.

#5. Mengidam makanan ringan

Related image

Walaupun agak aneh, individu yang tidak cukup tidur memang akan mengidam makanan ringan. Ini mungkin disebabkan faktor letih dan penat mendorong anda untuk makan mengikut kemahuan dan bukan keperluan.

#6. Mengidam kafein

Image result for mengidam kafein

Meskipun agak ironik, individu yang tidak cukup tidur akan mengidam kafein. Ini mungkin disebabkan faktor tindak balas semulajadi badan anda akibat kurang rehat. Anda perlu ingat bahawa kafein sememangnya dapat membantu anda untuk kekal segar berjaga di waktu malam untuk sesuatu tujuan, namun ia tidak boleh dibiasakan kerana khuatir akan mendatangkan gangguan kegelisahan atau insomnia.

BACA JUGA :   Tawaran Pengajian Ke Bangladesh Untuk Sesi Januari 2021.

#7.  Emosi kurang stabil

Related image

Menurut kajian, individu yang hanya tidur sekitar 4 jam sehari akan mengakibatkan stress, kemarahan, keletihan dan kepenatan yang melampau. Ini juga akan menyebabkan anda sering melakukan kecuaian seperti selalu menjatuhkan barang kerana keupayaan otak dan hormon anda sudah tidak stabil.

#8. Hilang fokus dan memori

Image result for hilang fokus dan memori

Anda boleh umpamakan individu yang tidak cukup tidur adalah seperti individu yang sedang mabuk. Tidak cukup tidur akan mengakibatkan anda hilang fokus dan memori anda juga tidak kuat seperti individu yang tidur secara normal.

#9. Masalah kesihatan kian teruk

Image result for sakit

Bagi individu yang sudah mempunyai kondisi kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, masalah jantung dan lain-lain, kurang tidur hanya akan menyebabkan ia menjadi lebih teruk dan memerlukan rawatan yang lebih lanjut.

Oleh itu, tidurlah pada kadar yang sepatutnya iaitu sekitar 8 jam sehari. Jangan sesekali anggap bahawa waktu tidur anda adalah normal mengikut individu. Paling penting, kita perlu biasakan yang betul dan jangan betulkan yang biasa.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here