“JANGAN BAGI BUNGA KUNING” – KENALI BUDAYA PELIK DI RUSIA

0
1267

Terdapat beribu-ribu budaya yang kita sendiri pun kadang-kala tidak tahu menahu sama sekali budaya yang ada di dalam dunia ini betul tak? Lagi-lagi masyarkat sekarang lebih bersifat ‘modern communities’ dan ada yang menganggap budaya sesebuah masyarakat itu sebagai sesuatu yang tidak sesuai lagi untuk digunakan dalam hidup yang serba moden ini.

Tidak salah sebenarnya jika kita masih mempraktikkan budaya masyarakat yang pernah diguna pakai suatu masa dahulu pada masa sekarang kerana tidak semua budaya yang diwarisi kepada kita itu tidak sesuai untuk dipraktikkan lagi dalam hidup moden kita sekarang ini.

Anda tahu tak sebenarnya terdapat banyak budaya unik yang kita sendiri tidak sangka ianya pernah dipraktikkan oleh sesebuah masyarkat di seluruh dunia ni tau!

Pernah tak anda terfikir apa sebenarnya budaya yang orang Rusia ikut selama ini?

#BUDAYA BERI HADIAH DALAM MASYARAKAT RUSIA

Siapa sahaja yang tak suka kalau terima hadiah kan? Tapi anda tahu tak terdapat beberapa budaya yang diamalkan oleh masyarakat Rusia ketika memberi atau menerima hadiah di sana? Ingat tau kalau anda mempunyai kekasih daripada negara ini pastikan anda hafal apa yang kami senaraikan ini!

  • Kebiasaannya dilakukan ketika perayaan seperti tahun baru, hari jadi dan juga Krismas dalam kalangan keluarga serta teman rapat.
  • Jika ada orang kenalan anda dari Rusia mengajak anda untuk makan-makan di rumah mereka, pastikan anda bawa bersama hadiah.
  • Tetamu lelaki kebiasaannya akan memberikan bunga kepada tuan rumah tapi ingat jangan sesekali anda bawa bunga berwarna kuning tau!
  • Jangan bagi hadiah kepada baby yang baru lahir sebelum ianya dilahirkan! Masyarkat Rusia percaya ianya ‘bad luck’ jika diberikan awal sebelum baby lahir.
  • Kebiasaanya masyarakat Rusia tidak menerima hadiah yang anda ingin berikan. Tapi yang anda perlu lakukan ialah terangkan kepada penerima hadiah itu bahawa pemberian anda itu merupakan sesuatu yang kecil sahaj dan tawarkan hadiah itu sekali lagi.

#BUDAYA MAKAN DI RUSIA

Bukan kita sahaja yang ada budaya ketika berada di meja makan tau tetapi masyarakat Rusia pun ada pantang larang yang mereka praktikkan.

  • Anda akan dikatakan sopan jika menggunakan roti untuk menyerap sup atau sos.
  • Anda tidak boleh meninggalkan meja makan terlebih dahulu selagi tetamu kehormat bangun daripada meja makan.
  • Pakai pakaian seperti anda ingin pergi ke pejabat jika anda merupakan tetamu yang diundang kerana ianya seperti tanda anda menghormati tuan rumah.
  • Pastikan anda habiskan makanan yang anda makan kerana ianya akan membuat orang yang menyediakan makanan itu berasa tersinggung dan marah jika anda tidak menghabiskan makanan yang dihidangkan.
  • Tinggalkan sedikit makanan di pinggan anda untuk menunjukkan bahawa tuan rumah telah memberikan layanan yang mencukupi.
  • Pastikan anda memberikan pertolongan kepda tuan rumah sebelum atau selepas makan kerana ianya dianggap tidak sopan jika anda tidak memberikan pertolongan. Anda boleh bertanyakan seperti, “awak pasti?”
BACA JUGA :   Perintah Kawalan Pergerakan Dikenakan Di Seluruh Negeri Kelantan.

#BUDAYA KELUARGA DI RUSIA

Masyarakat di Rusia sangat meletakkan nilai kebudayaan yang sangat tinggi dalam aspek keluarga dan antaranya :

  • Tidak kira ibu atau ayah, kedua-duanya akan bekerja untuk mempersiapkan duit untuk pembelajaran anak-anak ke universiti nanti.
  • Amat penting bagi masyarakat di sana untuk mengetahui sedikit tentang nama Rusia keluarga atau rakan mereka.

#3 BUDAYA LAIN MASYARAKAT DI RUSIA

Sebenarnya terdapat banyak lagi budaya lain yang diwarisi oleh masyarakat Rusia dahulu dan masih di guna pakai sehingga sekarang termasuklah :

  • Pengangkutan seperti LRT merupakan pengangkutan favourite masyarakat di sana.
  • Jangan bersalam atau berjabat tangan di depan pintu rumah ketika pergi ke rumah orang.
  • Tradisi mewah ketika melangsungkan perkahwinan.
  • Kaum wanita di sana akan make-up ‘on point’ setiap masa.

 

PELAJARI BUDAYA MASYARAKAT LAIN SANGAT PENTING

Siapa kata belajar budaya masyarakat lain ini tidak penting?

Ianya sangatlah penting untuk anda pelajari budaya masyarakat lain lagi-lagi jika anda berhasrat untuk pergi melancong atau melanjutkan pelajaran di sesebuah negara itu. Mungkin pada mulanya agak susah untuk anda terima dan serasikan diri dengan budaya masyarakat luar tetapi percayalah memang tak rugi langsung untuk anda kenali budaya masyarakat lain kerana banyak manfaatnya seperti :

  • Wujudkan rasa ingin tahu terhadap sesebuah budaya itu.

  • Membawa kepada kesedaran global.

  • Seronok untuk kenali sesuatu yang baru.

  • Hapuskan halangan dan mengatasi stereotaip terhadap sesuatu masyarakat.

NAK KENALI BUDAYA DI RUSIA DENGAN LEBIH MENDALAM SAMBIL MENYAMBUNG PENGAJIAN?

Anda boleh pilih untuk menggunakan perkhidmatan Daulah Educonsult Sdn.Bhd yang sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam menguruskan pelajar-pelajar Malaysia menyambung pelajaran di luar negara. Memang anda tak payah lagi ragu-ragu dengan education agent yang superb ni!

BACA JUGA :   DAULAH EDUCONSULT AGENSI YANG TERBAIK

Daulah Educonsult merupakan satu organisasi yang membantu menguruskan pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke luar negara seperti Indonesia, Mesir, Poland, Bangladesh dan Rusia. Mereka hanya menawarkan kepada anda universiti-universiti terbaik yang mempunyai pengiktirafan di dunia.

KEMASUKAN KE UNIVERSITI RUSIA : April, Jun & September 2019 (Medic & Aircraft Engineering)

 

DAULAH EDUCONSULT LAH TEMPATNYA!

Anda perlukan bantuan? Tidak tahu agensi pembelajaran yang menawarkan pelajaran ke luar negara yang boleh dipercayai dan menawarkan universiti-universiti terbaik dengan yuran berpatutan?

Daulah Educonsult bukan sahaja membantu menguruskan pelajar untuk ke luar negara tetapi mereka turut menyediakan khidmat konsultasi secara percuma! Ya, percuma!

Jika anda masih ragu-ragu dengan course yang bersesuaian dengan kelayakkan anda, anda bolehlah mendapatkan khidmat nasihat daripada konsultan berpengalaman dari Daulah Educonsult.

Dengan menggunakan perkhidmatan Daulah Educonsult, bayaran yang anda akan dikenakan hanyalah yuran pengajian dan yuran pendaftaran sahaja. Daulah Educonsult tidak akan mengecas anda bagi perkhidmatan yang telah anda dapatkan daripada mereka seperti yang dicas oleh education agent yang lain. Tiada cas tersembunyi yang anda perlu risau!

 

BERMINAT?

Usah ragu-ragu dengan perkhidmatan yang Daulah Educonsult tawarkan kerana Daulah Educonsult telah menghantar ramai pelajar ke melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara serta mempunyai pengalaman dalam menguruskan pelajar-pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di luar negara.

Daulah Educonsult Sdn.Bhd merupakan agensi pengurusan pembelajaran pelajar-pelajar ke luar negara yang berpengalaman dan dipercayai.

Kepada mereka yang berminat bolehlah mendaftar di link pra pendaftaran yang dibawah ini

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Atau anda boleh hadir ke pejabat kami yang beralamat di No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here