Barisan model terbaharu itu masih mengekalkan DNA Vespa dengan elemen lebih menarik sesuai untuk peminat jenama skuter itu.

Untuk model Vespa Primavera S 150, ia kini diberi sentuhan lebih segar, bergaya dan sporty dengan pelindung tepi, rim dan hon warna kelabu serta rim aloi 12 inci lima jejari dua ton yang dikuasakan enjin 150cc i-Get dijual pada harga RM16,400 serta tiga pilihan warna baru.

Vespa Sprint S 150 pula tampil sedikit berbeza dalam rangkaian varian Sprint dengan kerangka keluli dan juga yang pertama dalam kelasnya dengan dua rim bersaiz 12 inci hitam serta pelana corak baru. Ia turut dilengkapi corak grafik hitam dan merah serta enjin 150 cc i-Get mesra alam dijual pada harga RM17,400.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pengajian Sehingga ke Universiti Al-Azhar Menerusi Madrasah Daulah.

Model S125 Carbon Edition yang diinspirasikan daripada model Vespa tahun 70-an tampil lebih kreatif dan dinamik dengan sentuhan elemen karbon dengan perekat S merah pada rim 11 inci, bendera Tricolore Itali, lampu hadapan petak dan enjin 125cc i-Get dijual pada harga RM12,500.

Semua rangkaian model baharu ini boleh didapati di semua pengedar sah Vespa di seluruh negara.

Orang ramai juga boleh berkunjung ke pusat beli-
belah Sunway Pyramid sehingga 11 Ogos ini untuk melihat kenderaan berkenaan dengan lebih dekat.

boleh dapatkan artikel penuh di https://www.hmetro.com.my/bisnes/2019/08/484357/sasar-jual-1400-unit

cc: Lizam Ridzuan        

 


Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here