Ini mungkin kes pertama dalam dunia, doktor menemui empat ekor lebah hidup di dalam mata seorang wanita dan menghisap air matanya.

Pesakit, yang hanya dikenali sebagai Cik He, dilaporkan sedang membersihkan tanah perkuburan saudaranya sebelum angin bertiup kencang sehingga menyebabkan pasir dan kekotoran masuk ke dalam mata.

Menurutnya, dia hanya membersihkan matanya dengan menggunakan air. Beberapa jam kemudian dia mula merasakan kesakitan di sebelah mata kiri.

Wanita berusia 20 tahun itu dibawa ke Fooyin University Hospital di daerah selatan Pingtung, Taiwan, di mana pakar Oftalmologi terkejut kerana mendapati empat lebah melekat di dalam matanya.

 

“Ketika angin meniup ke arah wajah, saya dapat rasakan seperti ada sesuatu di dalam mata. Saya fikirkan ia hanyalah pasir atau kotoran biasa. Jadi saya membersihkan mata menggunakan air. Namun, ia semakin sakit pada waktu malam, rasa sakit seperti mencucuk, sehingga membuatkan saya menangis. “

BACA JUGA :   Proton Pasarkan Model SUV Baharu dari Geely Boyue, Tahun Ini

Kelopak mata Cik He mula membengkak akibat selulitis dan keratitis iaitu sejenis jangkitan kulit dan keradangan kornea kesan dari gigitan serangga tersebut.

Saya melihat sesuatu yang kelihatan seperti kaki serangga, jadi saya menariknya keluar lalu dibawa ke mikroskop tanpa merosakkan badan serangga itu, ianya bukan satu tetapi ada empat ekor lebah” kata Dr Hung Chi-ting, ketua bidang perubatan mata.

Kes seumpama ini belum pernah terjadi sebelum ini.

Bagaimanapun, Cik He dibenarkan keluar dari hospital dan dia dijangka pulih sepenuhnya.


Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here