Anda Boleh Dikenakan Hukuman Mati Jika ‘Selfie’ di Pantai Ini?

0
1087

PHUKET: Gelagat orang ramai yang suka berswafoto atau ber’selfie’ di mana saja bukanlah asing. Lumrah setiap kali kita berjalan atau melepak di kawasan yang dekat dengan lapangan terbang, kita pasti akan mengambil beberapa keping gambar pesawat bukan?

Ada kalanya tindakan yang dilakukan agak menjengkelkan dan berbahaya, namun mereka berdegil dan tetap melakukannya.

Disebabkan kedegilan sesetengah pihaklah, pihak berkuasa terpaksa mengenakan peraturan dan undang-undang ketat bagi menghalang tindakan mementingkan diri sendiri ini daripada terus berleluasa.

Terkini, di Thailand, pelancong boleh berdepan hukuman mati jika didapati mengambil gambar atau swafoto di pantai Mai Khao yang terletak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket.

 

Pantai tersebut sangat popular dengan gelagat pelancong yang tidak mahu melepaskan peluang mengambil gambar dengan berlatarbelakangkan pesawat sedang berlepas.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Buka Tawaran Dalam Bidang Pergigian & Farmasi

Namun tindakan itu didakwa boleh mengganggu fokus juruterbang. Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa kerajaan Thailand sanggup bertindak sedemikian walaupun sebelum ini, orang ramai sama sekali dibenarkan untuk mengambil gambar di kawasan tersebut.

Biarpun pantai yang berhampiran dengan lapangan terbang itu sememangnya terkenal di kalangan pelancong yang gemar mengambil gambar semasa kapal tersebut sedang berlepas, namun tindakan  itu sebenarnya boleh membangkitkan kemarahan buat juruterbang!

 

Mana tidaknya, ada pelancong yang sanggup mengambil gambar ketika kapal terbang tersebut sedang berlepas dalam keadaan bogel yang sememangnya boleh menganggu tumpuan juruterbang.

Tidak kurang juga ada yang menggunakan dron atau pen laser ke arah kawasan berhampiran dengan lapangan tersebut.

BACA JUGA :   Perkhidmatan yang Ditawarkan Daulah Educonsult

Disebabkan itu, kerajaan Thailand kini memberi amaran terhadap pelancong supaya menjauhkan diri dari lokasi tersebut.

Sekiranya tidak, mereka akan berhadapan dengan hukuman mati!

 

“Kami sedang merangka zon keselamatan yang dikategorikan sebagai kawasan larangan dan tidak dibenarkan mengambil gambar.

“Selain daripada kawasan itu, penduduk dan pelancong boleh mengambil gambar seperti biasa,” kata Timbalan Pengurus Besar Lapangan Terbang, Wichit Kaewsaithiam.

Kaewsaithiam berkata jika terdapat individu melanggar peraturan itu, penalti maksimum adalah hukuman mati.

“Kami mahu kawasan itu bebas dari kemalangan dan mengutamakan keselamatan pelancong,” katanya lagi.

Penalti itu mengikut Akta Penerbangan Udara 1978 dengan membawa hukuman mati atau hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun.


Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here