JENAMA peranti mudah alih keluaran Samsung sekali lagi mengetuai senarai bagi pengalaman muat turun yang lebih pantas berbanding beberapa jenama besar lain seperti Huawei, Apple dan Oppo.

Berdasarkan satu laporan yang dibuat oleh syarikat bebas untuk pengukur pengalaman rangkaian mudah alih dunia, OpenSignal, yang melaksanakan satu kajian berkaitan kelajuan muat turun bagi peranti berlainan pengeluar, ia mendedahkan telefon pintar milik Samsung memiliki kelajuan yang lebih baik berbanding jenama lain.

Kajian itu dilakukan terhadap lebih 23 juta peranti di seluruh dunia bermula pada 1 April sehingga 30 Jun lalu dan hasil daripada kajian skala besar itu mendapati peranti keluaran Samsung lebih stabil dalam kelajuan muat turun.

OpenSignal juga menyenaraikan lapan dapatan utama hasil daripada kajian berkenaan dan membuat kesimpulan semua peranti yang dicipta tidak mempunyai keupayaan yang sama terutama menyentuh aspek kelajuan capaian Internet.

BACA JUGA :   Kursk State Medical University Universiti Perubatan Terbaik

Dapatan pertama, pengguna peranti keluaran Samsung mendapati kelajuan muat turun mereka adalah lebih baik berbanding peranti keluaran Apple atau Huawei dan perbezaan kelajuan berkenaan dianggarkan dalam kadar 35 peratus berdasarkan 40 negara yang dianalisis.

Berdasarkan tiga pengeluar telefon pintar terbesar, kelajuan capaian Internet bagi pengguna Apple adalah dalam kadar 17.5 peratus daripada jumlah keseluruhan negara yang diuji.

Ujian yang dilaksanakan di Amerika Syarikat (AS) mendapati peranti Samsung mencapai kelajuan muat turun pada 8.2 Mbps lebih laju berbanding peranti iPhone.

Dapatan kedua pula mendapati negara yang menawarkan kelajuan yang paling tinggi untuk peranti Samsung adalah Norway iaitu 12 Mbps lebih laju berbanding pengguna Huawei dan 14 Mbps berbanding iPhone.

Selain itu, OpenSignal mendapati semua telefon pintar yang dicipta tidak mempunyai keupayaan yang sama walaupun menggunakan padanan perkakasan yang hampir sama antara satu dengan lain.

BACA JUGA :   Madrasah Daulah Pilihan Tepat Ke Maahad Buuth

OpenSignal membahagikan pengguna telefon pintar kepada tiga bahagian iaitu peranti kelas permulaan, kelas pertengahan dan peranti kelas mercu untuk telefon pintar premium.

Perbezaan ketara bagi peranti mudah alih apabila ujian dilaksanakan menerusi model kelas mercu memandangkan kebanyakan model yang berada di pasaran mempunyai kepelbagaian dari aspek penawaran teknologi jaringan telekomunikasi.

Secara keseluruhannya, pengguna peranti kelas mercu milik Samsung dapat merasai pengalaman muat turun yang lebih baik berbanding Apple dan Huawei dengan kadar muat turun global sebanyak 26.6 Mbps, sekali gus menjadikan peranti keluaran syarikat berkenaan sangat stabil untuk segmen permainan mudah alih.

boleh dapatkan artikel penuh di sini

cc : Muhammad Saufi Hassan


Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here