“Maahad Buuth A-Azhar” disebut dalam bahasa Arab dengan [معهد بعوث الأزهر] merupakan sebuah sekolah pengajian ilmu bertaraf antarabangsa yang dikelolakan oleh Institusi Al-Azhar.
Sekolah ini bersifat “Sekolah Kebajikan” dengan erti pelajar hanya perlu membeli buku sekolah sahaja. Manakala yuran-yuran lain dan gaji guru ditanggung oleh Institusi Al-Azhar.
Maahad Buuth Al-Azhar ini terletak di kota Kaherah Mesir, lebih kurang 5 minit dari Universiti dan Masjid Al-Azhar(jika menaiki kenderaan).
Peringkat Pengajian
Sekolah ini membahagikan pelajarnya kepada 2 Bahagian. Iaitu 3 Tahun di `Idadi (Peringkat Rendah) dan 3 Tahun di Thanawi (Peringkat Menengah).
Bagaimanapun, pelajar boleh mengambil peperiksaan Tahdid Mustawa yang membuka peluang pelajar menyingkatkan pengajian. Di Malaysia, kita sebut dengan istilah, ‘Lompat Kelas’.
Sambung Pengajian
Selepas tamat di Buuth Al-Azhar, pelajar boleh memohon untuk masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi di Mesir ataupun luar Mesir seperti Universiti Ummul Qura, Arab Saudi. Sijil sekolah ini bertaraf antarabangsa.
Kebiasaannya, pelajar menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Mereka mudah masuk kerana tidak perlu lagi mengikuti peperiksaan Imtihan Qabul.
Matapelajaran
Antara matapelajaran yang diajar di Buuth ialah,
- Fiqh
- Tauhid
- Hadis
- Khat
- Nahu
- Sorof
- Insya’
- Tauhid
- Sirah
- Imla’
- Tajwid
- al Quran
- Sains
- Komputer
- Matematik
- Geografi
- Sejarah
- Bahasa Inggeris / Bahasa Perancis
Kelas adalah dari jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Dan sebanyak 5 kelas bagi setiap hari. Setiap tahap kelas, mempunyai subjek yang berbeza.
Keistimewaan
Antara keistimewaan Buuth Al-Azhar ialah,
- Pengajian ilmu agama dan ilmu moden seperti kelas Al-Quran dan komputer
- Komunikasi pelbagai bangsa, negara, dan bahasa. Bahasa utama ialah bahasa Arab.
- Kemasukan mudah, tidak perlukan apa-apa sijil
- Mampu bergurau dengan bahasa arab di usia yang muda.
- Tiada had umur. Bermula dari 12 tahun sehingga yang sudah berumahtangga.
- Belajar perkara asas seperti di Malaysia, tetapi dalam bahasa Arab.
- Belajar Geografi, Matematik, Sains, dan Komputer dalam bahasa Arab.
Anda berminat dalam bidang perniagaan dan ingin menyambung pelajaran di Program Madrasah Daulah tetapi tidak tahu caranya?
Jangan risau, Daulah Educonsult pasti akan membantu anda.
DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA
Apa itu Daulah Educonsult?
Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi yang mengurus dan menghantar pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Andakah ada berkeinginan untuk sambung belajar ke luar negara? Daulah Educonsult ada cara mudah untuk merealisasikan impian anda!.
BERMINAT?
Kepada mereka yang berminat bolehlah mendaftar di link yang dibawah ini
Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:
- Customer Service 1 : 018-9624322
- Customer Service 2 : 018-2429322
- CIK NURUL : 017-7486052
- Pejabat : 03-92851322
Atau anda boleh layari kami di platform berikut:
- Facebook : https://www.facebook.com/DaulahMedic/
- Website : https://daulahmedic.com/
- Email : daulahmedic@gmail.com
- Telegram:
Atau anda boleh hadir ke pejabat kami yang beralamat di No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.
“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”