Umum pasti mengetahui dan biasa dengan penculikan, tetapi adakah anda pernah mendengar tentang penculikan digital atau ‘digital-kidnapping’? Walaupun ia mungkin tidak menakutkan seperti penculikan fizikal, ia adalah sejenis kecurian identiti yang mensasarkan kanak-kanak dan ia semakin berkembang pada kadar yang membimbangkan.

‘Digital-kidnapping’ adalah apabila orang asing atau pengguna media sosial mencuri foto-foto bayi atau kanak-kanak dari internet dan memuatnaik foto tersebut dan mendakwa kepunyaan mereka. Trend ini telah pun berkembang menjadi komuniti kecil di sesetengah negara.

Penculikan digital ini digunakan dengan maksud dan tujuan berbeza. Di luar negara, tindakan ini juga dikenali sebagai ‘baby role-play’. Malah, yang lebih membimbangkan, ‘digital-kidnapping’ ini juga dibawa ke peringkat di mana penjenayah siber telah memanfaatkan foto kanak-kanak untuk mewujudkan identiti baru dan menggunakannya untuk menyamar sebagai bayi.

 Penculik digital ini kebiasaannya menggantikan nama kanak-kanak atau bayi yang dimuatnaik, malah menceritakan perihal si kecil ini di laman sosial. Hakikat yang lebih menakutkan apabila sesetengah dari mereka menggunakan foto-foto ini untuk berfantasi seksual yang aneh.

Kes seperti ini sudah dilaporkan di New York, Danica Patterson dan anak perempuannya, Dallas yang menjadi mangsa selepas orang asing memuatnaik foto Bryleigh berusia empat tahun di akaun Facebooknya yang mendakwa sebagai bapanya.

BACA JUGA :   Rebut Peluang Belajar Sehingga Ke Universiti Al - Azhar Menerusi Madrasah Daulah.

Patterson hanya menyedari hal itu selepas seseorang menghantar foto halaman Facebook orang asing tersebut dengan foto anak perempuannya. Hal yang sama turut terjadi kepada Linsdsay Paris yang menemui foto anaknya pada akaun Facebook dan Instagram orang asing yang mendakwa sebagai ibunya.

 

Apabila tahun baru sekolah bermula, gelombang foto yang muncul pada pelbagai media sosial memberi tumpuan kepada kanak-kanak. Ibu bapa bukan sahaja memaparkan foto sekolah hari pertama, tetapi turut mempamerkan foto anak mereka berdiri dan memegang tanda yang menunjukkan nama sekolah dan guru kanak-kanak. Ini mampu memberi peluang kepada pencuri identiti ini untuk mengetahui maklumat peribadi anak anda.

Tidak mengapa berkongsi foto keluarga dan anak-anak anda di internet dan melalui media sosial, tetapi perlunya tahap kesedaran yang tinggi penting anda dan keluarga anda untuk dipertimbangkan.

Berikut adalah petua yang boleh anda gunakan untuk memastikan imej dan identiti anak anda selamat:

  1. Berhati-hati dalam memilih. Kebanyakan orang tidak akan berhenti memuatnaik di media sosial, tetapi anda digalakan untuk memilih dan berhati-hati. Kajian dari United States mendapati bahawa mereka yang kerap memuatnaik foto di media sosial boleh menjadi tanda kemurungan. Pada umumnya, penting untuk tidak hanya menyedari kebiasaan memuatnaik anda sendiri, malah turut memerhati apa yang dikemukakan dan seberapa kerap yang dilakukan oleh rakan dan ahli keluarga anda. Teruskan berfikir dua kali sebelum anda memuatnaik!
  2. Hadkan akses foto anak anda. Sebagai ibu bapa, tentukan tetapan privasi yang ketat pada akaun sosial anda untuk mengehadkan siapa yang melihat anak anda. Sebagai contoh, dalam akaun Facebook anda, anda mungkin mempertimbangkan untuk mengehadkan siaran anda hanya kepada rakan anda dan juga membuatnya supaya foto profil, foto penutup, dan lain-lain tidak boleh dilihat secara umum.
  3. Ikut peraturan keemasan. Anda tidak mahu seseorang menghantar foto anda tanpa persetujuan anda dan sebaliknya. Ajar anak-anak anda untuk tidak berkongsi foto tanpa meminta izin. Apa yang mereka anggap sebagai foto yang boleh dikongsi mungkin tidak dianggap sama oleh anda dan orang yang melihatnya.
BACA JUGA :   Murid Pra-Sekolah, Tahun 1 dan 2 Mula Sesi Persekolahan Hari Ini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here