Dunia digemparkan dengan dua jurutera Pakistan, Mohammad Awais dan Anas Nazir, yang  memperkenalkan lengan prostetik yang dapat dipasang pada badan bergerak. Lazimnya, tangan robotik dipasang pada struktur pegun, bukannya pada badan manusia. Lengan Prostetik ini juga dibangunkan susulan perkembangan projek lengan robotik.

BAHAGIAN BADAN BUATAN

Pembuatan tangan robotik ini dilakukan dengan teliti dan sangat menyerupai lengan manusia. Ia juga mempunyai ciri-ciri bahu, siku dan pergelangan tangan yang efektif. Selain itu, lengan prostetik merupakan bahagian badan buatan yang boleh dikawal dengan pemberian arahan melalui otak.

Prostesis adalah proses pengganti tiruan atau penggantian sebahagian tubuh seperti lutut atau sendi, kaki dan lengan. Sebuah prostesis direka untuk sebab-sebab fungsional dan kosmetik atau kedua-duanya. Prostetik biasa untuk sendi adalah pinggul, lutut, siku, pergelangan kaki, dan sendi jari. Bahagian badan prostetik lebih berguna untuk orang kurang upaya apabila mereka dibuat sesuai dengan sel-sel saraf otak. Oleh itu, otak dapat memberi arahan kepada anggota badan buatan ini.

BACA JUGA :   Belajar Di Universiti Al-Azhar, Mesir Tanpa Sijil SPM/STAM Menerusi Madrasah Daulah.

Dalam menjelaskan mekanisme terperinci lengan prostetik, Anas Nazir berkata 

“Kami meletakkan sensor di lokasi di dalam badan yang memudahkan otak menghantar arus elektrik atau isyarat kepada jari dan  memberi arahan kepada anggota badan ini untuk bergerak,” 

KAJIAN YANG MENYELURUH

Kedua-dua jurutera Pakistan ini mula berminat dengan tangan robotik semasa projek universiti selain cenderung kepada projek bionik dan exoskeleton yang memberi tumpuan kepada anggota badan. Dalam membawa perubahan baru, pasukan jurutera Pakistan memberi fokus kepada sendi lutut, salah satu sistem mekanikal yang paling kompleks di dalam tubuh manusia dan pemain kritikal semasa berjalan. 

Lihat video di sini 

Kejayaan daripada projek ini dapat dilihat apabila kedua-dua jurutera telah membantu lebih daripada 30 orang orang kurang upaya yang boleh menjalani hidup seperti manusia normal dengan menggunakan lengan robot yang berharga sekitar 2,000 dolar.

Era Industri 4.0 menyaksikan peranan robot yang semakin besar untuk menggantikan tugas manusia yang sukar dan berbahaya. Saintis komputer yang bekerja di industri  ini telah banyak membangunkan pelbagai prototaip di seluruh dunia.

BACA JUGA :   Budaya Menarik yang Ada di Makassar

Sumber: TechJuice

JOM SAMBUNG BELAJAR DALAM BIDANG PERUBATAN !

Anda berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan?  Daulah Educonsult akan membantu anda untuk merealisasikan impian anda!

Dengan Daulah Educonsult, anda tidak perlu ragu-ragu dengan perkhidmatan yang ditawarkan kerana Daulah Educonsult telah menghantar ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara seperti Universiti Sumatera Utara serta mempunyai pengalaman dalam menguruskan pelajar-pelajar yang berminat meneruskan pengajian di luar negara.

BERMINAT?

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

  • Customer Service 1 : 018-9624322
  • Customer Service 2 : 018-2429322
  • Tuan Syed Fuad : 0132090322 
  • Pejabat : 03-92851322

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Atau anda boleh hadir ke pejabat kami yang beralamat di No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here