Mati Lemas Selepas Melamar Teman Wanita

 

Seorang lelaki Louisiana telah mati lemas selepas melamar teman wanitanya di bawah air di lokasi percutian mereka di Tanzania, Afrika.

Steven Weber dan Kenesha Antoine dikatakan bercuti di Pulau Pemba, disebuah kabin kayu dengan bilik terletak di bawah air, lapor CNN affiliate WBRZ.

Weber melamar tunangnya pada hari Khamis yang lalu dengan berenang di bawah air sambil memegang nota tulisan tangannya dan dihadapkan nota tersebut ke tingkap bilik tidur. Menurut video yang dikongsikan oleh Antoine dan video tersebut tular pada hari Jumaat di Facebook miliknya.

Nota yang Weber pegang mengungkapkan bahawa, dia tidak dapat menahan nafas dalam masa yang cukup lama untuk memberitahu semua perkara yang dia sukai tentang Kenesha.

Sumber : Facebook Kenesha Antoine

Rata-rata pengguna facebook turut berduka cita dengan kisah dan tragedi yang menipa dua pasang kekasih ini. Dikatakan yang mebuatkan keadaan menjadi lebih hiba, Kenesha tidak sempat mengataka “YA” bagi menerima lamaran Steven.

Mandy kakak kepada Steven sudang mengenal pasti mayat adiknya. Sekarang mereka sedang berusaha untuk membawa pulang mayat Steven ke rumah mereka di America.

Mandy juga sedang giat mencari dana buat menguruskan masjlis penggebumian adiknya dan bagi menampung kos membawa pulang jenazah adiknya ke pangkuan keluarga.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here