Jika anda seorang yang aktif dalam media sosial, sudah tentu anda ingin berkongsi gambar-gambar menarik apabila melawat sesebuah negara terutamanya bergambar di stesen keretapi. Kebanyakan negara, stesen pengangkutan awam mereka dijadikan salah satu mercu tanda atau identiti budaya dan pemikiran sama ada pemimpin mahupun masyarakat setempat.

Perjalanan di dalam kapal terbang lebih pantas, lebih menarik berbanding kebanyakan pengangkutan lain tetapi perjalanan dalam kereta api memberi pengalaman yang bermakna dalam hidup anda.

Ini adalah peluang untuk meneroka dunia dengan cara yang lebih menakjubkan. Melalui perjalanan kereta api jarak jauh, anda dapat menghayati keindahan landskap dan persekitaran yang menyegarkan mata anda. Berikut adalah 5 perjalanan kereta api yang paling luar biasa di dunia.

 

#Blue Train: Pretoria ke Cape Town

Sumber: tripadvisor

Perjalanan dari Pretoria ke Cape Town, Blue Train telah dianugerahkan dua kali sebagai kereta api paling mewah yang dimiliki oleh Afrika. Kereta mewah ini telah beroperasi sejak tahun 1946 hingga sekarang. Tetapi pada tahun 1997 Blue Train berhenti beroperasi untuk penambahbaikan. Kereta Api Blue dibahagikan kepada 2 bahagian kereta api yang mempunyai kapasiti yang berbeza. Kereta api pertama boleh menampung seramai 52 orang penumpang, dan yang kedua dapat menampung lebih daripada 80 penampung.

#Golden Eagle Trans-Siberian Express: Moscow ke Vladivostok

Dengan panjang 9,289 kilometer (5,772 batu), ia adalah laluan keretapi terpanjang di dunia. Ia dibina antara 1891 dan 1916 untuk menghubungkan Moscow dengan bandar Vladivostok Far-East. Golden Eagle Trans Siberian Express menyediakan perjalanan mewah dari Moscow menuju Vladivostok dengen melewati beberapa tempat seperti Kazan, Ekaterinburg, Novosibirsk, Irkutsk, Lake Baikal, Ulaan Batar, dan Ulaan Uday.

Seorang pengembara tegar menyatakan bahawa anda tidak akan mengalami perjalanan keretapi yang mengagumkan sehinggakan anda menaiki Trans-Siberia Express. Gold Eagle merupakan kereta paling mewah di antara Trans-Siberia dan merupakan keretapi tua yang sangat bersejarah. Ruangan keretapi ini adalah yang terbesar di antara Trans-Siberia dan mempunyai pelbagai fasiliti. Ia mempunyai bilik mandi , aircond, heater, perkhidmatan dobi,TV dan sebagainya.

#Venice Simplon-Orient-Express: London ke Venice

Sumber: https://www.belmond.com/trains/europe/venice-simplon-orient-express/

Tidak ada perjalanan kereta api lain yang mengilhami banyak kisah percintaan dan pengembaraan seperti Venice Simplon Orient Express. Kereta api mewah ini merupakan salah satu keretapi yang menggunakan reka bentuk dari reka bentuk kereta tahun 1920-an. Reka bentuk klasik kereta api ini akan membawa anda kembali untuk merasai nostalgia tahun 1920. Bukan sahaja reka bentuknya, makanan dan minuman yang disajikan juga enak. Kereta api ini melalui laluan Paris-Istanbul, jadi makanan yang disajikan adalah makanan Perancis. Bagi pelancong yang ingin membeli cenderahati, Venice Simplon Orient Express menyediakan sebuah kedai kecil yang menjual beberapa cenderahati di dalam kereta api.

AYUH SAMBUNG BELAJAR DI RUSIA BERSAMA DAULAH EDUCONSULT!

Sumber: Pelajar Medic intake 2019 Kursk State Medical University, Rusia

Rujukan penuh mengenai tawaran belajar ke luar negara boleh terus ke laman web daulahmedic.com. Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :- Customer service 1 :0189624322 Customer service 2 :0182429322 Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed) Konsultan Pendidikan : 01114307825 (Cik Farhana)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here