Bila kali terakhir anda menjejakkan kaki Indonesia? Ataupun belum lagi berkesempatan lagi ke negara jiran ini?
Indonesia sememangnya negara yang wajib di dalam senarai backpackers dan kaki travel, kerana selain tempat-tempat yang menarik dilawati makanan juga mudah didapati, halal dan pastinya sangat murah!!
JOM lihat senarai makanan yang patut anda masukkan dalam agenda FOOD HUNTING anda!
MARTABAK MANIS
Martabak Manis ini merupakan makanan dalam kategori streetfood yang sangat popular dalam kalangan pengunjung luar negara apabila datang ke Indonesia.
Sekiranya anda penggemar makanan manis, martabak ini sangat sesuai dengan lidah anda. Martabak Manis ini mengandungi campuran keju, coklat, susu sejat, kacang dan bahan manis yang lain.
Tidak hanya martabak manis, Indonesia juga mempunyai Murtabak yang mengandungi pelbagai variasi daging seperti itik dan ayam, yang digelar Martabak Bebek yang hampir serupa dengan martabak di Malaysia
BAKSO
Nasi Uduk
Nasi ini merupakan salah satu makanan indonesia yang hampir sama dengan nasi lemak di Indonesia kerana dimasak bersama santan. Namun begitu kombinasi yang hadir bersama nasi uduk ialah ayam goreng, sambal tempe, bawang goreng. Kebiasaannya nasi lemak di Malaysia dinikmati pada waktu petang. Lain halnya di Indonesia, nasi uduk ini dimakan pada waktu pagi. Pada waktu malam, nasi uduk biasanya dimakan bersama ikan keli pecel.
Pempek
Pempek merupakan kuih fishcake yang mempunyai inti ikan. Kuih yang berasal daripada Palembang ini dijual dalam pelbagai bentuk dan saiz dan diisaluti tepung udang dan sos istimewa yang mengandungi cuka,gula dan cili. Pempek yang terkenal ialah pempek kapal selam, lenjer, pemper bulat, kult ukan, pistel, dan telur.
NASI PADANG
Nasi Padang ialah nasi kukus yang selalunya disajikan bersama Gulai Nangka. Makanan Padang lain ialah Ayam Bakar, Gulai Ati Udang Balado dan banyak lagi. Bagi menikmati Nasi Padang di kedai di Indonesia terdapat dua cara iaitu dengan memesan makanan ini ataupun buffet style.
SIOMAY
Siomay juga bermaksud dumpling ikan Indonesia. Berasal daripada dumpling Cina iaitu Dhu Mai. Namun versi Indonesia mengandungi tuna, sardin dan udang yang pastinya halal.
Wahh, sememangnya sangat pelbagai makanan di sini.
Tidak hairanlah Indonesia menjadi pilihan utama untuk melakukan aktiviti melancong, mengembara atau menuntut ilmu!
INGIN BELAJAR DI INDONESIA ? JOM SAMBUNG BELAJAR BERSAMA DAULAH EDUCONSULT!
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :- Customer service 1 :0189624322 Customer service 2 :0182429322 Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed) Konsultan Pendidikan : 0193350916(Cik Ummu)