Seperti yang telah digemparkan seluruh dunia, Apple telah melancarkan dan mengeluarkan peranti terbaru bagi tahun 2019 iaitu Iphone 11, Iphone 11 Pro dan Iphone 11 Pro Max yang sedang meletup di pasaran. Dikhabarkan memang ramai yang menanti nantikan keluarannya. Siap mengumpul duit berbulan bulan.

Tetapi, masalahnya banyak pula khabar angin yang mengatakan bahawa Iphone 11 ini banyak kekurangannya. Sejauh mana kesahihahn khabar ingin tersebut? Mari kita bongkarkan.

Mitos #1: Bateri tidak bertahan lama

Masalah bateri tidak tahan lama ini sering kali menjadi highlight terhadap syarikat Apple sendiri. Oleh yang demikian, bagi keluaran terbaru Apple iaitu Iphone 11 ini boleh bertahan 4 jam lebih lama berbanding Iphone XS. Yakni, Iphone 11 ini mempunyai 18 jam video playback, 11 jam video streaming playback dan 65 jam audio playback. Hebat!

Mitos #2: Tri-kamera yang agak pelik? 

Bila pertama kali didedahkan design terbaru Iphone ini, tidak dinafikan memang banyak komen negatif daripada sesetengah pihak. Ada yang menyamakan dengan muka orang, ada yang samakan dengan bubble tea dan sebagainya.

Walaupun rekaan tri-kamera ini pada mulanya agak sukar diterima, tapi kini, jutaan orang sudah menunggu untuk membeli iPhone 11 ini. Jangan tidak tahu, tri-kamera pada bahagian belakang iPhone 11 ni menggunakan kamera utama 12MP, 2x kamera telefoto dan juga 0.5x kamera ultra-lebar. Ia juga dilengkapi dengan ciri mod malam dan paparan yang lebih jelas, sekaligus menjanjikan hasil gambar dan rakaman video yang berkualiti tinggi!

Mitos #3: Kena beratur berhari-hari 

Setiap kali Apple melancarkan Iphone terbaru, dua tiga hari sebelum dijual akan penuh pengguna tegar Iphone beratur untuk reserve telefon masing-masing. Ada yang sanggup berkemah depan Apple Store, punyalah bersemangat untuk menjadi yang terawal dapatkan Iphone terbaru.

Tetapi ia berbeza kali ini, kerana Malaysia antara negara yang terawal menerima stok Iphone 11 ini dengan kuantiti yang mencukupi. Jadi tidak perlulah semua beratur panjang dan menunggu hari demi hari untuk memiliki Iphone 11 ini.

Jadi kepada sesiapa yang masih belum dapatkan telefon nafas baru yang didatangkan daripada syarikat Apple ini , anda harus cepat memilikinya!

Daulah Educonsult antara pihak pengurusan yang menguruskan kemasukan pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang antaranya Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar, Kejuruteraan, Pengajian Islam dan lain-lain bidang lagi di pelbagai negara. Pengalaman mengurus pelajar dari tahun 2008 sehingga kini memberikan impak dan banyak pengalaman kepada pihak Daulah. Pengurusan yang sistematik, teratur dan pelajar dianggap seperti keluarga antara kelebihan Daulah Educonsult.

Maklumat lanjut tentang pengjian di luar negara boleh layari www.daulahmedic.com atau boleh terus hubungi konsultan Puan Janna di nombor 0196403977

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here