Mesir merupakan antara salah satu destinasi perlacongan yang tertua di dunia. Piramid, mumia, artifak bersejarah, patung penyembahan yang eksotik adalah antara tarikan utama di Mesir.
Kali ini Deenamik ingin berkongsi tentang tempat-tempat menarik di Mesir yang wajib dilawati.
Jom Teruskan Membaca.
Cairo
Terdapat Piramid Giza dan Sphinx yang terkenal disini. Tambahan, pengalaman berlayar di Sungai Nil wajib dijadikan salah satu bucket list dalam lawatan ke Mesir.
Jika anda peminat barangan kuno, kebudayaan dan kepentingan sejarah, terdapat banyak muzium di sekitar Cairo.
Terdapat juga masjid-masjid yang indah senibinanya iaitu Masjid Muhammad Ali. Perkara wajib dilakukan ketika melancong adalah membeli cenderahati. Anda boleh dapatkan di pasar tertua di Cairo iaitu di Khan el-Khalili.
Alexandria
Merupakan sebuah bandar pelabuhan dan bandar kedua terbesar selepas Kaherah. Alexandria terkenal dengan keagungan sejarah dan hasil seni bina yang memukau.
Terdapat perpustaakan terbesar disini iaitu Bibliotheca Alexandrina.
Muzium Alexandria juga menjadi tumpuan utama pelancong. Tidak lupa juga keindahan pantai di laut Mediterranean yang nyaman.
Faiyoom
Faiyoom adalah bandar tersubur di Mesir. Hal ini dapat dibuktikan dengan kisah Nabi Yusuf AS yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga bandar ini beribu tahun dahulu.
Di samping itu, bandar ini mempunyai tinggalan sejarah iaitu kesan runtuhan bangunan yang dipercayai Istana Qorun. Tambahan, anda juga dapat melihat kincir air Nabi Yusof AS.
Aswan
Memilki iklim padang pasir yang panas dan kering, namun bukan menjadi penghalang untuk anda menikmati keindahan bandar ini.
Pastinya anda tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati pemandangan Sungai Nil yang indah.
Anda juga boleh melawat ke Nubian Village di Elephantine Island untuk melihat beberapa tapak arkeologi. Keramahan penduduk akan membuatkan anda selesa berkunjung ke sini.
Kom Ombo
Lokasi adalah terletak antara Aswan dan Edfu. Terdapat kuil yang dibina pada zaman Gareco-Rom yang berkonsepkan dewa buaya, Sobek dan tuhan yang berkepala telur, Horus.
kuil Ptolemaic Kom Ombo ini berstruktur unik dan terkenal dengan konsep mumia buaya.
Edfu
Terdapat banyak sisa tinggalan pyramid purba disini. Kuil Horus yang dibina dengan blok batu pasir juga terdapat disini dan kuil Ptolemaik utama turut berada di lokasi yang sama yang wujud sekitar tahun 237SM semasa pemerintahan Cleopatra VII.
Luxor
Dikenali sebagai Thebes oleh orang Yunani. Terdapat sebuah muzium terbuka yang menjadi tarikan utama pelancong.
Jika anda meminati bidang kesenian, anda diwajibkan melawat ke kilang Alabaster dan bolehlah menbeli aneka cenderamata untuk dibawa pulang.
Tidak sah jika tidak melihat dengan mata sendiri dua patung besar Firaun Amenhotep III yang merupakan pemerintah Mesir semasa Dinasti XVII. Lokasinya terletak di Theban Necropolis.
Jom Mendaftar Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)