Di Indonesia terdapat banyak universiti yang menyediakan pengajian dalam bidang sains seperti perubatan, pergigian, farmasi, dan veterinar.

Antara universiti yang menawarkan pengajian dalam bidang sains adalah Universitas Sumatera Utara, Universitas Hasanuddin, Universitas Airlangga, Universitas Padjajaran dan Institut Pertanian Bogor. 

Edisi kali ini, Deenamik ingin bongkarkan kepada anda kelebihan yang akan didapati jika melanjutkan pelajaran ke Indonesia.

Jangan Risau. Kesemua Universiti di atas telahpun mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan juga Malayisa Medical Council (MMC).

Jom Teruskan Membaca !

Dapat Duduk Di Luar Negara Dengan Kos Yang Rendah

Nilai mata wang Malaysia (Ringgit) jauh lebih tinggi dari nilai mata wang Indonesia (Rupiah). Yuran untuk belajar dalam bidang sains juga jauh lebih murah berbanding di Amerika Syarikat, United Kingdom atau Australia.

Tambang yang Murah

Harga tiket Indonesia-Malaysia juga tidak begitu mahal. Bergantung kepada destinasi anda.

Penerbangan dari KLIA mungkin mengambil masa kira-kira 2.5 jam (Yogyakarta/Surabaya) dan 2 jam (Jakarta/Bandung).

Terdapat juga banyak penerbangan yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan antaranya ialah AirAsia, Malaysia Airlines, Malindo Air, Lion Air dan Garuda Indonesia.

Hal ini memudahkan ahli keluarga untuk melawat anda dan dalam masa yang sama boleh melancong bersama sekali.

Cuaca yang Lebih Kurang Sama

Cuaca Malaysia-Indonesia sangatlah tidak berbeza. Jika tidak hujan, panas dan sebaliknya. Anda juga tidak akan mengalami kekeringan yang melampau seperti yang akan dialami di negara empat musim.

Namun, disebabkan kualiti udara di bandar utama Indonesia agak teruk, anda dinasihatkan memakai face mask untuk penjagaan lebih rapi.

BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar di Universiti yang Diiktiraf

Latih Diri Lebih Berdikari

Kuliah kebiasannya bermula jam 7 pagi (Waktu Malaysia jam 8 pagi). Situasi ini akan latih anda rajin bangun pagi.

Tambahan, Indonesia mempunyai penduduk yang sangat ramai dan padat. Peluang dan ruang sentiasa terbuka untuk semua org berusaha untuk berjaya. Tapi situasi ini boleh melatih diri anda untuk bersikaoptenang bila berhadapan dengan khalayak yang ramai.

Peluang Jadi Usahawan

Indonesia adalah syurga membeli belah. Anda boleh google tempat shopping di Indonesia dan boleh lihat artikel atau review yang dikongsi oleh para blogger untuk membeli belah.

Anda boleh menjadi supplier kain pasang, kain telekung, doorgift, perabot, kopi untuk dijual di Malaysia. Kesemua barangan ini boleh dapat denggan harga yang murah dan jika anda yang pandai tawar harga, mungkin akan dapat harga yang jauh lagi murah.

Lepas grduate, simpana pun sudah ada. Pengalaman bekerja pun sudah banyak untuk dimasukkan dalam resume. Tunggu apa lagi ?

Belajar Bahasa Baru

Di Indonesia, wujud juga dialek seperti di Indonesia. Misalnya seperti Sunda, Jawa, Bali, Batak dan lain-lain yang mengamalkan bahasa pertuturan yang agak berbeza dari bahasa Sinetron iaitu “bahasa gaul” yang anda selalu tonton di televisyen.

Makanan yang Sedap dan Murah

Indonesia dan Malaysia adalah negara serumpun dan mempunyai makanan yang lebih kurang sama. Ianya tidak akan membuatkan anda berasa janggal atau pelik kerana setiap makanan yang diolah mempunyai rasa yang lebih kurang sama.

BACA JUGA :   Sambung Pengajian Bidang Perubatan Di Bangladesh Sesi 2021

Di Indonesia, terdapat banyak jenis hidangan nasi. Antaranya ialah nasi rames, nasi tumpeng, nasi uduk, nasi pecel dan lain lagi.

Holiday Mood On

Salah satu kelebihan belajar di luar negara adalah berpeluang untuk melancong. Indonesia merupakan antara negara yang menawarkan pakej pelancongan dengan bajet yang murah.

Indonesia kaya dengan alam semula jadi yang wajib diterokai jika ke melancong ke negara tersebut. Dari gunung, laut, pantai dan daratan, semuanya sangat berbaloi untuk dikunjungi.

Belajar Budaya Baru

Di Indonesia, budaya yang dapat dipelajar jika belajar disana termasuklah bahasa, makanan, pakaian dan adat yang masih diamalkan oleh masyarakat Indonesia tanpa mengira keturunan dan agama.

Budaya mereka sangat unik untuk dipelajari dan anda akan merasai pengalaman baru.

Indonesia merupakan antara negara yang anda boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang yang lebih tinggi.

Kepada anda yang  merupakan lepasan  SPM, Metrik, Diploma, A-Level dan sebagainya yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Indonesia, anda boleh berurusan secara langsung dengan Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult menawarkan perkhidmatan perundingan secara percuma dalam bidang pendidikan. Mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar negara seperti Indonesia, Mesir, Poland, Rusia, Bangladesh, Turki dan India.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here