Filem-Filem Tragedi Korea Berdasarkan Peristiwa Sebenar

0
2496

Selain daripada lagu dan drama Korea, filem korea turut mendapat perhatian dan sambutand dari seluruh dunia. Kualiti filem yang sama hebat dengan filem bertaraf Hollywod dari segi kecanggihan teknologi.

Berikut adalah antara filem korea yang diadaptasi dari kisah sebenar.

Silenced (2011)

Adaptasi karya Gong Ji-Young yang ditulis berdasarkan kepada peristiwa sebenar yang terjadi di Gwangju Inhwa School, sekolah khas untuk pelajar cacat pendengaran.

Pelajar-pelajar di sekolah tersebut adalah mangsa gangguan seksual yang dilakukan berulang kali oleh staf sekolah berkenaan selama hampr 5 tahun bermula awal tahun 2000-an.

Hope (2013)

Filem yang diangkat dari kisah sebenar ini adalah dari kes Nayoung yang sangat terkenal pada tahun 2008.

Nayoung adalah seorang gadis berusia 8 tahun telah dirogol dan dibunuh oleh lelaki berusia 57 tahun yang mabuk di tandas awam.

Namun, pihak mahkamah hanya menajtuhkan hukuman 12 tahun penjara ke ats lelaki tersebut. Keputusan mahkamah telah mencetuskan kemarahan warga Korea Selatan.

71 : Into The Fire (2010)

Filem dari kisah benar ini adalah mengisahkan sekumpulan 71 tentera pelajar Korea Selatan semasa perang korea yangt terkorban dan dibunuh pada 11 Ogos 1950 semasa pertempuran Pohang-dong.

BACA JUGA :   Moscow Aviation Institute Buka Peluang Bidang Pengajian Kejuruteraan Pesawat

Perang tersebut berlaku selama 11 jam dimana mereka mempertahankan sekolah menengah gadis Pohang yang merupakan titik strategik untuk melindungi perimeter Sungai Nakdong dari bedilan askar Korea Utara.

A Taxi Driver (2017)

Berdasarkan kisah benar dari seorang wartawan warganegara Jerman, Jugen Hinzpeter dan pemandu teksi Korea Selatan, Kim Sa-Bok.

Jurgen Hinzpeter telah membuat liputan Pemberontakan Gwangju yang berlangsung dari 18 hingga27 Mei 1980 di Gwangju, Korea Selatan.

The Battleship Island (2017)

Berdasarkan kisah benar perjuangan rakyat Korea Selatan pada tahun 1945 ketka Perang Dunia Kedua. Seramai 400 rakyat Korea Selatan yang menjadi tahanan Jepun telah dipaksa bekerja di kawasan pelombongan arang batu di Pulau Hashima.

Di sana, mereka dipaksa menjadi buruh ksar tanpa bayaran dan dilayan dengan sangat buruk dan tidak berperikemanusiaan.

The Case Of Itaewon Homecide (2009)

Berdasarkan kisah sebenar pembunuhan pelajar kolej, Jo Jung Pil yang berlaku pada 3 April 1997. Pembubuhan itu berlaku di sebuah bilir air di restoran makan segera Burger King di daerah Itaewobn di Seoul. Jo Jung Pil ditikam 9 kali di leher dan dada.

The Chaser (2008)

Berdasarkan pembunuh bersiri Korea Selatan, Yoo Young Chul turut mengaku dirinya seorang kanibal. Dia mengaku telah membunuh 21 orng yang terdiri daripada pelacur dan lelaki tua yang kaya.

BACA JUGA :   Pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Terbaik Luar Negara

Dia melakukan jenayah tersebut antara Septe,ber 2003 hingga Julai 2004. Ketika soal siasat, Yoo menerangkan bahawa motif utama adalah wanita tidak boleh menjadi seorang pelacur dan orang kaya patut tahu apa yang mereka lakukan adalah salah.

Children (2011)

Berdasarkan insiden Frog Boy, peristiwa sekumpulam lima orang budak Korea Selatan yang berusia antara 9 hingga 13 tahun yang hilang pada 26 Mc 1991 ketika memburu katak.

Mayat mereka ditemui 11 tahun kemudian di Gunung Waryong,kes ini masih belum dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa Korea Selatan.

Filem-filem tersebut merupakan adaptadi dari kisah sebenar yang berlaku di Korea Selatan. Bagi peminat tegar filem, anda bolehlah menonton, tapi jangan lupa sedikan tisu terlebih dahulu.

Berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara tapi tidak tahu bagaimana? Mendaftarlah bersama Daulah Educonsult.

ubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here