Bermula dengan Warsaw, Gdansk hingga ke kawasan semula jadinya, Murzasichle dan Gunung Tatra merupakan kawasan yang menjadi tumpuan para pelancong ketika datang melancong ke negara Poland.

Di Warsaw, lokasi wajib dikunjungi adalah Kota Lama atau masyarakat menggelarnya Stare Miasto. Ianya merupakan bangunan bersejarah yang bercirikan seni Renaissance, Baroque dan Gothic yang pernah musnah akibat peperangan.

Sekilas pandang, anda akan dapat melihat kota lama Eropah.

Muzium

Di poland, masyarakatnya sangat menghargai sejarah. Disebab itulah terdapat lambakan muzium di Poland.

Antaranya ialah National Museum, Meseum of King Jan III’s Palace, The Royal Castle dan banyak lagi.

Terdapat juga muzium Auschwitz Birkenau yang pernah menjadi pusat tahanan pendudukan Nazi telah berjaya menarik pelancong dari seluruh dunia terutama dari Jepun dan China.

Kesenian

Tambahan, ramai penulis dan pelukis jalanan menjadikan kota Poland sebagai sumber mencari rezeki.

Mereka akan mempamerkan hasil seni lukisan serta bermain alat muzik bagi menghiburkan pengunjung.

Kolam Renang Terdalam Di Dunia

Poland akan membuka sebuah kolam renang yang mempunyai kedalam 45 meter di bandar Msxczonow.

Kolam terdalam di dunia ini dikenali sebagai DeepSpot yang memerlukan 8,000 meter kubik air untuk mengisinya. Jumlah itu bersamaan untuk memenuhkan 27 kolam renang Olimpik.

Kolam renang tersebut akan dibuka untuk semua jenis perenang termasuklah atlit dan perenang profesional.

DeepSpot ini turut dilengkapi dengan fasiliti lain seperti bilik persidangan, restoran, hotel dan terowong air untuk pengunjung.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Bantu Kemasukan Ke Maahad Buuth Melalui Madrasah Daulah

Sedikit Panduan Jika Melancong Ke Poland.

Bahasa

Kebanyakan masyarakatnya boleh berbahasa Inggeris kerana majoriti penduduknya bekerja di United Kingdom, Ireland atau Belanda.

Bahasa mudah yang boleh dipraktkkan termasuklah ‘czecs’ (hai) dan ‘djengkuye” (terima kasih)

Agama

Majoriti penduduk Poland beragama Kristian Katolik. Namun terdapat juga komuniti Islam disana yang dianggarkan sebanyak 30,000 orang.

Namun tiada tekanan yang berlaku atas golongan Islam minoroto kerana kerajaan Poland membenarkan rakyatnya mengamalkan ajaran agama masing-masing.

Matawang

Poland menggunakan nilai mata wang Zlotych.

Cuaca

Poland adalah negara empat musim. Suhu ketika musim sejuk boleh mencecah sehingga negatif.

Makanan

Bagi pelancong yang beragama Islam, sangat sukar untuk mendapatkan makanan halal di negara bukan Islam.

Di Poland terdapat banyak kedai yang menjual kebab yang halal. Namun perlu juga berhati-hati kerana terdapat juga penjual kebab yang menggunakan bahan yang tidak halal.

Antara kedai kebab yang halal adalah Le Diplomate, Falafel, Samira Restaurant, Amrit Kebab dan banyak lagi. Kebanyakannya kedai kebab di atas terletak di Warsaw.

Pengangkutan

Poland merupakan antara salah satu negara yang mempunyai pengangkutan awam yang efisien.

Antara pengankutan awam yang menjadi pilihan adalah trem. Dengan harga yang murah, ianya akan dapat menjimatkan masa dan mengelakkan kesesakan lalu lintas.

BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar Luar Negara di Universiti Al-Azhar, Mesir

Berbasikal juga turut menjadi antara budaya sihat yang diamalkan di Poland. Anda juga boleh menyewa basikal dan bersiar-siar di sekitar bandar Warsaw dan sekitarnya.

Universiti Bertaraf Antarabangsa

  • Warsaw University of Technology
  • Vincent Pol University
  • University Medical Of Lodz
  • Vistula University
  • University Medical of Warsaw

Bidang yang Ditawarkan

  • Perubatan
  • Seni Bina
  • Kewangan & Akaun
  • Teknologi Maklumat
  • Kejuruteraan Elektrik
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Aerounatik
  • Kejuruteraan Sivil
  • Perniagaan Antarabangsa

Dibuka Untuk Lepasan:

  • SPM
  • IGCSE
  • O Level
  • A Level
  • Asasi
  • STPM
  • Matriks
  • IB
  • Diploma

Pengambilan pelajar adalah pada bulan September.

Berminat untuk melanjutkan pengajian ke Poland atau negara lain? Anda boleh mendapatkan khidmat perundingan secara percuma di Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here