Eyebag bukan hanya sahaja menganggu penampilan, namun juga membuatkan muka kelihatan lebih tua dan keletihan.
Deenamik ingin kongsikan cara mudah untuk mengatasi eyebag ini tanpa perlu melakukan pembedahan.
Jom Teruskan Membaca.
Apa punca eyebag?
Eyebag adalah lingkaran hitam di bawah mata. Kebiasaannya adalah tidak cukup tidur dan keletihan.
Perahan Lemon
- Ambil sebiji lemon.
- Potong dan ambil perahan lemon.
- Masukkan sedikit air kosong ke dalam perahan lemon.
- Sapukan ke keliling mata 2 kali sehari.
- Amalkan setiap hari eyebag akan dapat dikurangkan.
Sudu Sejuk
- Sedikan beberapa sudu besi.
- Rendam ke dalam ais batu sehingga sejuk.
- Gunakan sudu yang sejuk tadi untuk mengurut sekitar mata.
- Tukar-tukar sudu bila tahap sejuk dah menurun.
- Amalkan selalu dan eyebag semakin lama semakin berkurang.
Uncang Teh
- Rendam teh ke dalam air panas atau ambil uncang yang telah digunakan.
- Tekap di bahagian atas mata atau kawasan eyebag.
- Lakukan selalu agar eyebag semakin pulih.
Tempelkan Hirisan Timun
- Letakkan hirisan timun di bawah mata.
- Biarkan beberapa saat.
- Amalkan pada setiap hari untuk dapat kesan yang dimahukan.
Ubi Kentang
- Simpan ubi kentang di dalam peti sejuk semalaman.
- Esoknya, keluarkan dan potong dan letak di atas mata.
- Biarkan selama 5 hingga 10 minit.
Susu Segar
- Rendam kapas di dalam susu segar.
- Angkat kapas dan perahkan susu yang berlebihan.
- Letakkan kapas tersebut di atas mata dan biarkan selama 20 hingga 30 minit.
- Lakukan sehari sekali pad setiap hari.
Putih Telur
- Kacaukan telur putih dan sapukan di bawah mata.
- Sapu gunakan berus.
- Biarkan selama 20 minit dan bilas seperti biasa.
Tips Extra!
Jika sudah mengamalkan semua petua di atas, anda perlu jaga kesihatan dan tidur dengan secukupnya.
Makan Makanan yang Berkhasiat.
Pemakanan sayuran dan buahan seperti sayuran yang berwarna hijau. Contohnya, kubis, bayam dan kale.
Kurangkan pengambilan garam dalm makanan.
Minum Banyak Air
Banyakkan mnum air kosong pada setiap hari.
Berhenti Merokok
Merokok juga penyebab berlakunya eyebag. Penghidratan yang tidak mencukupi mengakibatkan kulit kering.
Berikut adalah cara mengatasi eyebag dengan cara yang paling mudah, cepat dan murah. Namun, anda juga perlu konsisten, jaga waktu tidur dan rehat secukupnya untuk mendapat keputusan yang diingini.
Berminat Untuk Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara?
Daftar Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult menawarkan khidmat perundingan mengenai bidang pendidikan secara percuma. Berpengalaman luas dalam mengendalikan pelajar ke luar negara seperti Poland, Rusia, Mesir, Indonesia, Bangladesh, Turki dan Indonesia.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)