Negara Rusia pernah bergelar sebagai negara Soviet Union. Rusia sangat sinonim dengan bandar-bandar bersejarah yang dihiasi dengan monumen-monumen yang cantik, landskap dan pemandangan yang indah.

Terdapat juga muzium seni, kesusasteraan dan juga budayanya yang kaya dengan nilai.

Deenamik akan berkongsi dengan anda lokasi wajib yang harus dikunjungi ketika anda berada di negara Rusia.

St. Petersburg – Pusat Kebudayaan Rusia

Saints Petersburg adalah bandar kedua terbesar di Rusia selepas bdandar Moscow. Bnadar ini terkenal dengan seni budaya dan nilai sejarah yang bertaraf dunia.

Tambahan, bandar bersejrah ini telah mendapat pengiktirafan dari Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Palace Winter adalah tarikan utama pelancong kerana terdapat Muzium Hermitage.

Bandar in berdekatan dengan Neva River yang terkenal sebagai destinasi pelancongan pelayaran dan cruise.

Altay – Tasik Dan Padang Yang Indah

Pergunungan Altay terletak berhampiran dengan Mongolia, Kazakhstan dan China. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini. Antaranya ialah menunggang kuda, mendaki glasier dan gunung.

Bagi anda yang inginkan aktiviti santai dan ringan, terdapat juga bilik mandian wap tradisonal.

Disini juga menawarkan khidmat lawatan secara berkumpulan bagi setiap aktiviti yang ingin dilakukan iaitu termasuk sekali dengan pakej penginapan semalaman di sebuah rumah atau khemah.

Moscow – Kota Yang Indah

Moscow adalah ibu negara bagi Rusia dan disini anda dapat merasai sendiri budaya sebenar Rusia.

Bandar ini masih lagi mengekalkan bangunan bersejarah seperti Red Square. Terdapat juga patung Lenin dan Stalin dari era Soviet Union.

BACA JUGA :   Tempah Seat Anda Sekarang Di Universitas Sumatera Utara, Indonesia (September 2022)

Di Kremlin, anda dapat melawat istana, gudang senjata, ruang pejalan kaki dan taman-taman yang indah.

Olkhon Island – Mutiara Siberia

Pulau ini boleh dikunjungi melalui lautan mahupun daratan. Pulau ini terletak di tengah-tengah Tasik Baikal yang merupakan lokasi terpencil yang menjadikannya lebih unik.

The Golden Ring – Syurga Roadtrip

Golden Ring merupakan bandar lama yang dilengkapi dengan kubu zaman pertengahan dan gereja-gereja kuno.

Anda disyorkan untuk melawat ke Yaroslavl, Vladimir dan Suzdal. Sergei Posad juga terkenal dengan Gereja Ortodoks Rusia, bandar berbukit Pereslavl-Zalesskiy, Rostov Veliky dan Pylos yang juga dikenali sebagai Mutiara dari Volga.

Kamchatka – Gunung Berapi

Terlatak di timur Rusia dan agak terpencil di antara Laut Okhotsk di barat dan Lautan Pasifik dan Laut Bering di timur, namun masih tetap menjadi pelancong.

Ianya sangat terkenal dengan gunung berapi, kawah gunung berapi yang masih aktif dengan landskap yang memukau.

Anda pasti terpukau dengan keindahan bangunan yang unik senibina, pembentukan geologi yang unik dan pelbagai keajaiban alam semulajadinya.

Kizhi – Pulau Yang Memukau

Pulau Kizhi terkenal dengan muzium terbukanya yang mengabungkan koleksi struktur kayu yang sangat mengagumkan.

Tempat lain yang menarik adalah Gereja Kebangkitan Lazarus iaitu sebuah gereja kayu tertua di Rusia. Selain itu, tapak Kizhi Pogost juga dihiasi dengan 22 buah gereja Kubah Transformasi yang mengagumkan.

Peterhof Palace

Merupakan sebuah istana yang terletak di St Petersburg. Ianya dibina oleh Peter the Great of Rusia pada tahun 1717.

BACA JUGA :   Nak masuk Madrasah Daulah? Ini cara nya !

Peterhof juga hampr runtuh dan musnah ketika berlakunya Perang Dunia II. Namun istana ini telah dibangunkan semula.

Vladimir

Sebuah bandar yang kaya dengan nilai sejarah yang menjadi tarikan pelancong. Bandar ini mengekalkan banyak senibina Rusia yang bersejrah dan mempunyai hubungan yang baik dengan rangkaian pengangkutan utama iaitu keretapi.

Bandar ini telah mendapat pengiktirafan dari Tapak Warisan Dunia UNESCO. Katedral Saint Demetrius dan Katedral Assumption di Dataran Sobornaya.

Terdapat juga gereja purba St. Nicholas di Galea dan Gereja Nikiskaya.

Selain dari memilih tempat yang tepat untuk dilawati, anda juga harus sentiasa mengutamakan keselamatan diri. Tambahan, jagalah kebersihan dan nama baik negara Malaysia.

Berminat Untuk Melantkan Pengajian Ke Rusia?

Daulah Educonsult Bersedia Membantu Anda.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here