Tidak dinafikan, anjing memang comel. Ramai yang suka melihat haiwan yang comel , gebu dan bijak. Namun itu tidak bermaksud suka sampai perlu menyentuh, pegang atau timang. Cukuplah sekadar mengucap puji-pujian kepada Allah SWT terhadap ciptaanNya yang sempurna itu.

Beza Tahu dan Faham

Tahu : Kita tahu bahawa anjing itu najis. Jika tersentuh dalam keadaan basah boleh disucikan.

Faham : Kita faham anjing itu najis. Kalau tersentuh dalam keadaan basah boleh dibersihkan, namun hikmah sebenenarnya Allah larang kita dari suka-suka mendekati najis dan mengotorkan diri.

Sebab Islam itu Bersih

Menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan atau suka-suka adalah haram di sisi Islam.

Sebagai contoh, berpacaran itu haram, tetapi mengapa kita masih juga mengamalkannya. Sebab kita tidak punya kefahaman, mengapa Allah haramkan berpacaran.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Peringkat Ijazah Sarjana Muda Di Universiti Luar Negara.

Firman Allah SWT ” Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Al-Isra’17:32)

Indahnya Islam, Allah SWT telah menggariskan semua hukum hakam selari dengan fitrah manusia. Jikalau kita rasa hukum tetapan Allah itu tidak selari dengan kita, maksudnya kita sedang bicara tentang memuaskan nafsu.

Apapun dalam kehidupan ini antara apa yang kita suka dengan yang Allah suka, dahulukan hak Allah dulu. Agar kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beruntung.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara? Ayuh Mendaftar Bersama Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

BACA JUGA :   Bidang Pengajian Harus Dipilih dengan Betul

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here