Aktivis sosial, Marina Mahathir menganggap bahawa filem Mahathir, The Journey sebagai memalukan dan projek filem tersebut tidak pernah mendapat persetujuan dari ahli keluarganya.

Beliau menyatakan bahawa beliau dan ahli keluarganya yang lain tidak tahu mengenai filem berkenaan. Tambahnya, beliau hanya mengetahui wujudnya wataknya dalam filem berkenaan melalui media.

Mahathir, The Journey Tetap Akan Diteruskan

Penerbit Reliance Media Group Sdn Bhd, Yusuf Kelana berkata, filem tersebut tetap akan diteruskan mesti tidak mendapat persetujuan daripada mana-mana watak yang terlibat.

Yusuf berkata, pihaknya telah mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan akan menghantar surat rasmi kepada semua watak tersebut dalam masa terdekat.

Mengulas mengenai kenyataan Marina Mahathir, Yusuf berkata, filem tersebut mengangkat perjuangan Tun Mahathir dan watak Marina diperlukan kerana beliau merupakan sebahagian daripada keluarga tokoh politik tersebut.

BACA JUGA :   Bagaimana Penciptaan Kereta Tesla Ini Mengubah Industri Automotif Dunia

Watak-Watak Dalam Filem

  • Azhar Amir (Tun Mahathir)
  • Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah)
  • Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim)
  • Dian P Ramlee (Datuk Seri Dr Wan Azizah)
  • Lisdawati (Nurul Izzah Anwar)
  • Dazrin Kamarudin (Syed Saddiq)
  • Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir)
  • Ning Baizura (Marina Mahathir)
  • Harminder Singh (Gobind Singh Deo)

Filem arahan Profesor Mohamad Hatta Azad Khan dengan kos mencecah RM6 juta itu akan memulakan penggambaran Disember ini.

Perjuangan Tun Mahathir

Filem Mahathir, The Journey ini mengisahkan mengenai perjalanan kehidupan Tun Mahathir selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 sehingga dilantik semula pada tahun 2018.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara?

Ayuh Mendaftar Bersama Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

BACA JUGA :   Mata Pedih Disangka Habuk, Rupanya Lebah 4 Ekor!

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here