Salah satu benda utama yang perlu dibawa ketika pergi melancong adalah pakaian. Namun, tidak semua hotel atau guesthouse ada menyediakan seterika.

Jangan risau, Deenamik telah menjumpai beberapa solusi yang boleh diaplikasikan jika situasi ini berlaku.

Jom teruskan membaca untuk mengetahui beberapa tip mudah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

 

Flat Iron

Flat iron ini mudah dibawa kemana-mana kerana saiznya yang kecil. Caranya, letakkan flat iron pada suhu sederhana dan kepitkan pada bahagian baju yang berkedut selama beberapa saat.

Tapi, pastikan terlebih dahulu tidak terdapat rambut atau produk rambut yang melekat pada permukaan atasnya kerana boleh merosakkan pakaian anda. Cara ini juga tidak sesuai digunakan pada fabrik pakian yang lembut dan nipis.

Air + Cuka

Campurkan cuka semula jadi dengan air paip dalam sukatan 1:3. Seterusnya, tuangkan sukatan tersebut pada bekas penyembur air dan goncangkan.

Selepas itu, semburkan pada bahagian kedutan pakaian.

BACA JUGA :   Ayuh Kenali Daulah Educonsult!

 

Wap Dari Cerek Panas

Cerek air juga boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah kedutan baju.

Caranya, panaskan cerek di atas dapur dan halakan pakaian pada wap yang keluar dari cerek panas tersebut kira-kira 20 sentimeter daripada muncung cerek.

 

Alat Pengering Rambut

Alat pengering rambut boleh bertindak sebagai seterika pakaian pada waktu-waktu kecemasan. Set kan pengering rambut pada suhu yang paling tinggi dan arahkan kepada kesan kedutan di pakaian tersebut.

Air Mandian Panas

Hidupkan air mandian panas di dalam bilir air dan gantungkan pakaian yang berkedut tadi paling hampir dengan arah pancutan air panas tersebut. Pastikan air tidak terpecik pada baju.

Anda digalakkan untuk tutup semua tingakp dan pintu dan tunggu sehingga beberapa minit.

 

Tuala Basah

Letak pakaian pada perlukan yang rata. Tutup kesan kedutan itu dengan tuala basah dan tekankan dengan kuat menggunakan tangan.

BACA JUGA :   Kursk State Medical University Buka Kemasukan Sesi September 2020

Seterusnya, biarkan pakaian kering dengan sendiri.

Periuk Panas

Didihkan air dalam periuk sehingga menggelegak. Kemudian buangkan air panas tersebut dan ambil periuk lalu tekankan bahagian bawah periuk tersebut pada pakaian.

Gunakan seperti menggunakan seterika kerana fungsinya sama sahaja.

Lepas ini, anda tidak perlu risau lagi jika baju ada kedutan walaupun tanpa adanya seterika. Selamat mencuba.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara.

Daulah Educonsult Akan Membantu Anda.

Daulah Educonsult menawarkan perundingan dalam bidang pendidikan secara percuma kepada sesiapa yang mempunyai keinginan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidanh yang diminati. Berpengalaman luas dalam mengendalikan pelajar ke negara Poland, Rusia, Mesir, Bangladesh, Turki dan juga Indonesia.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Hubungi

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here