Anda mempunyai impian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang agama di universiti terunggul di Mesir iaitu Universiti Al-Azhar? Anda kini boleh memohon tanpa perlukan sijil SPM atau STAM.

Deenamik ingin berkongsi cara termudah untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar tanpa perlu menggunakan sebarang sijil akademik.

Jom Teruskan Membaca!

Apa Itu Madrasah Daulah?

Madrasah Daulah merupakan sebuah organisasi yang menguruskan dan membimbing para pelajar yang menuntut ilmu di Maahad Buuth (Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al-Azhar), Mesir yang berada di bawah kelolaan pentadbiran institusi ilmu Al-Azhar Asy-Syariff.

Melalui Madrasah Daulah, anda akan dibantu untuk memasuki Maahad Buuth dan seterusnya ke Universiti Al-Azhar.

Peringkat Pembelajaran Di Madrasah Daulah

Madrasah Daulah Dirosah Khossoh Maahad Buuth – Universiti Al Azhar

Bidang Pengajian Di Madrasah Daulah

  • Syariah
  • Usuluddin
  • Bahasa Arab

Subjek Yang Dipelajari:

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Talaqqi Kitab bersama Syeikh
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
BACA JUGA :   Top-Rated Destinasi Pelancongan Di Indonesia

Tahap pendidikan di sesuatu peringkat adalah bergantung kepada prestasi dan penguasaan pelajar itu sendiri. Jika pelajar mendapat keputusan yang cemerlang di dalam ujian / peperiksaaan, pelajar tersebut dibolehkan untuk untuk ke tahap yang lebih tinggi. Keadaan ini sekaligus akan memendekkan tempoh masa untuk ke Universiti Al-Azhar.

Lokasi Madrasah Daulah

Kedudukannya hanya mengambil masa 5 minit sahaja dari kampus utama Al-Azhar dan 3 minit dari Asmara Rumah Melayu Abasiah, Kaherah.

Syarat Kelayakan

  • Lelaki atau perempuan
  • Berumur 17 tahun hingga 21 tahun (Bagi tahun 2019)
  • Mempunyai keazaman yang tinggi untuk menuntut ilmu

#Syarat kelayakan berubah jika anda mendaftar pada tahun 2020 iaitu bermula dari umur 17 hingga 21 tahun.

Bagi anda yang berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana mahu belajar di Madrasah Daulah, anda boleh berurusan secara langsung di Daulah Educonsult.

BACA JUGA :   HANYA DENGAN PERCUBAAN SPM, ANDA BOLEH BELAJAR KE LUAR NEGARA.

Ingin Realisasikan Cita-Cita Anda Untuk Belajar Di Mesir?

Mendaftarlah Dengan Madrasah Daulah.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain. Tambahan, skil penguasaan dalam Bahasa Arab juga dapat dimantapkan.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here