Enam belas penghuni rumah sewa di Kuala Terengganu terpaksa akur apabila premis yang mereka diami musnah dalam satu kebakaran.

Namun, kejadian yang berlaku di Kampung Padang Hiliran jam 7.15 malam dilaporkan tiada kemalangan jiwa.

Seorang mangsa, Mohd Nazrul Mohd Yusof mengalami kerugian hampir RM20,000 dalam kejadian tersebut.

Mangsa lain, Mohd Takir Sulaiman berkata, dia bersama lima penyewa lain bertempiaran lari dari bilik masing-masing sebaik menyedari api marak di kediaman yang mempunyai 21 bilik itu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd Norsyah Shari berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 7.30 malam.

“Sekarang musim angin kuat, menjadikan api marak. Ia menyebabkan kami sukar untuk mengawal api tetapi kami dapat mengawal kebakaran dalam masa 25 minit,” jelasnya.

BACA JUGA :   PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Seramai 20 anggota bomba dan empat jentera terlibat dalam misi kebakaran ini.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Berminat Melanjutkan Pengajaian Ke Luar Negara

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult menawarkan perkhidmatan perundingan secara percuma dalam bidang pendidikan kepada sesiapa sahaja yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara. Berpengalaman dalam menghantar pelajar ke Mesir, Poland, Rusia, Turki, Bangladesh dan Indonesia.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here