Terdapat banyak lambakan universiti bidang pengajian sains kesihatan di Mesir. Universiti di Mesir menawarkan bidang pengajian perubatan, farmasi dan pergigian.

Universiti Di Mesir

  • Universiti Al-Azhar
  • Universiti Zagazig
  • Universiti Tanta
  • Universiti Ain Syams
  • Universiti Cairo
  • Universiti Alexandria
  • Universiti Mansoura

Kesemua universiti di atas ini telah mendapat pengiktirafan.

Syarat Kemasukan

  • Bidang Sains Perubatan

Pelajar lepasan SPM wajib mendapat sekurang-kurangnya minimum B bagi subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Matematik dan Sejarah

  • Bidang Agama

Pelajar lepasan SPM wajib mendapat sekurang-kurangnya B untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Quran Sunnah, Syariah Islamiah dan Bahasa Arab.

Pelajar lepasan STAM wajib minimum pangkat keseluruhan JAYYID.

Bahasa Arab

Bahasa Arab terbahagi kepada dua iaitu ‘ammiah (bahasa pasar) dan fushah (bahasa baku). Kedua- dua bahasa ini digunakan sebagai bahasa komunikasi masyarakat Arab.

BACA JUGA :   Jangan Makan 9 Makanan Ini Dalam Keadaan Mentah!

Namun cara penguasaan adalah berlainan. Untuk ‘ammiah, perbanyakkan pertuturan bersama warga tempatan.

Penempatan Pelajar Malaysia

Terdapar banyak komuniti pelajar Malaysia boleh ditemui di Mesir. Hal ini demikian kerana kebanyakan mereka menyewa berdekatan dengan kawasan universiti.

Harga sewa rumah juga bergantung kepada negeri di sekitar Mesir.

Pengangkutan Awam

Antara pengangkutan awam yang terdapat di Mesir adalah seperti teksi, microbus, bas, uber, careem dan keretapi.

Kebanyakan pelajar memilih untuk menggunakan pengangkutan awam kerana harganya yang murah.

Makanan Mudah Didapati

Makanan di Mesir kebanyakannya berasaskan roti, bijirin dan kekacang. Namun terdapat juga restoran-restoran nusantara yang dibuka dan mengikut selera rakyat Malaysia.

Cuaca

Mesir adalah negara empat musim. Musim sejuk sekitar 5 Celcius pada bulan November hingga Januari. Musim panas pula adalah sekitar 40 Celcius pada Mei hingga Ogos.

BACA JUGA :   Anda Tidak Cukup Tidur? Ini Tanda-Tandanya!

Berminat Melanjutkan Pelajaran Ke Mesir?

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here