Lawyers for Liberty (LFL) tidak berpuas hati atas hukuman yang dikenakan terhadap sekumpulan lelaki yang ponteng solat Jumaat.

Hukuman Denda

Hukuman tersebut dijatuhkan terhadap enam orang  lelaki dari negeri Terengganu setelah mereka mengaku mengenai perbuatan itu.

Penyelaras undang-undang LFL Zaid Malek berkata hukuman denda lebih RM2,000 dan sebulan penjara adalah sangat berlebihan.

“Sudah tiba masanya rasional hukuman penjara dan denda terhadap pihak yang ponteng solat Jumaat dan kesalahan seumpamanya dipertimbangkan semula.

“Walaupun tindakan itu dianggap tidak sesuai oleh sesetengah pihak dalam masyarakat Muslim, hukuman jenayah adalah berlebih-lebihan dan bukan cara untuk menanganinya,” tambahnya.

Kesemua enam orang lelaki itu mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Hulu Terengganu dan dipenjarakan sebulan. Kesemua tertuduh juga mengaku berkelah di Air Terjun Sekayu antara jam 1 hingga 1.50 petang pada 23 Ogos.

BACA JUGA :   Pekerja Awam & Swasta Diarah 'Work From Home'

Seorang tertuduh didenda RM2,500 manakala lima yang lain didenda RM2,400.

Kesemua mereka dicekup dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dengan menggunakan khidmat anggota wanita melakukan pemantauan terlebih dahulu. Penguatkuasa lelaki menyerbu selepas selesai solat Jumaat.

“Dengan semangat prinsip Islam ini, kami gesa menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam meneliti perkara ini dan menyelesaikannya secepat mungkin,” katanya.

Zaid juga berkata apa yang berlaku di Terengganu itu bertentangan dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof bahawa kerajaan sedang menyemak semula sistem perundangan bagi menjadikan hukuman bersifat memulihkan dari menghukum.

 

Menurutnya, dakwaan gagal hadir solat Jumaat adalah perkara peribadi dan negara tidak sewajarnya masuk campur atau tadbir.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pengajian Di Kursk State Medical University Secara Online Di Malaysia.

Berminat Melanjutkan Pelajaran Ke Luar Negara

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here