Anda mempunyai impian menjadi seorang doktor atau pakar perubatan? Tapi ingin belajar di luar negara dan keliru lokasi yang ingin dipilih?
Jangan risau, Daulah Educonsult akan membantu anda merealisasikan impian anda.
Deenamik ingin berkongsi satu maklumat penting mengenai syarat dan cara untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Rusia.
Kursk State Medical University (KSMU)
KSMU ditubuhkan pada 7 Februari 1935 dan merupakan antara 10 universiti terbaik di Rusia. KSMU merupakan universiti pertama yang menawarkan pelajar program latihan Perubatan penuh dalam bahasa Inggeris.
Kenapa Perlu Belajar Di KSMU
KSMU mempunyai Institut Penyelidikan Perubatan Ekologi dan institut politeknik dan perubatan diagnostik perundingan.
Tambahan, KSMU juga telah melatih lebih dari 25,000 profesional perubatan di 14 fakulti dan 67 jabatan.
Universiti ini mempunyai perpustaaan yang dipenuhi dengan buku, jurnal dan penerbitan lebih 500,000 unit.
Kampus di KSMU merangkumi 4 buah bangunan mengajar dan 5 buah kediaman pelajar. Pelajar juga akan menikmati kemudahan taman rekreasi dan juga dewan sukan serta padang sasar menembak.
Ijazah Perubatan dari KSMU adalah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT), JPA, MMC, MQA di Malaysia.
Syarat Kelayakan
KSMU menawarkan bidang pra perubatan dan perubatan. Bagi bidang pra perubatan, terbuka khas kepada pelajar lepasan SPM, IGCSE dan O-Level.
Bagi bidang perubatan pula, adalah bagi lepasan Matriks, Asasi, STPM, A-Level, IB, Diploma dan setaraf.

Namun bagi anda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan SPM, peluang terbuka khas untuk anda kerana anda boleh memohon dengan hanya menggunakan keputusan percubaan SPM. Anda boleh menghubungi Daulah Educonsult untuk berurusan secara langsung.
Lock Yuran Pengajian
Antara semua yang Daulah Edoconsult tawarkan, hanya KSMU sahaja yang mengamalkan konsep lock yuran pengajian ke Ringgit Malaysia.
Hal ini bermakna yuran pembelajaran tidak akan terjejas sama sekali walaupun terdapat penurunan dan kenaikan mata wang.
Tambahan, Rusia merupakan negara empat musim. Anda akan merasai sendiri peralihan musim tersebut sepanjang belajar di KSMU.
Kemasukan adalah pada Februari 2020.
Sesi Konsultasi bersama Daulah Educonsult adalah percuma.
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Rusia
Mendaftar Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)