Volgograd terletak di selatan Rusia. Bandar ini sangat signifikan dengan Perang Dunia Ke-2. Tambahan, bandar ini secara amnya, mendapat jolokan “Hero City”.

Kini, Volgograd adalah sebuah pusat perindustrian yang besar. Populasi penduduk adalah seramai 1 juta orang. Terdapat banyak destinasi pelancongan yang terdapat di bandar ini.

Dalam edisi kali ini, Deenamik telah menyenaraikan beberapa perkara dan aktiviti yang anda boleh lakukan di bandar bekas perang ini.

Teruskan Membaca!

Lawati Mamayev Kurgan

Merupakan kompleks peringatan yang terbesar di Rusia yang didedikasikan kepda pahlawan Perang Dunia Ke2.

Semasa peperangan Stalingrad yang berlaku selama 200 hari, seramai 35 orang pahlawan Rusia gugur dan disemadikan di Mamayev Kurgan.

Tambahan, anda juga boleh melawat ke dewan pameran, perkuburan memorial tentera, All Saints Cathedral dan banyak lagi.

Kesemuanya adalah sesuai dilawati untuk semua lapisan umur.

Central Station

Salah satu stesen kereta api yang mengekalkan seni bina yang unik dan dibina pada tahun 1997.

Bangunan stesen kereta api ini dihiasi dengan pelbagai lukisan. Sekiranya anda berjalan di dalam stesen ini, anda akan berasa seperti berada di dalam muzium.

Jangan Terlepas Untuk Membeli Minyak Sarepta

Volgograd merupakan bandar pengeluar utama mustard dan minyak mustard di Rusia. Pencapaian terbesar ahli genetik di Volgograd adalah menghasilkan benih mustard.

Makanan yang menggunakan minyak sarepta dalam hidangannya akan benar-benar sihat dan pada zaman dulu, hanya golongan kerabat diraja sahaja yang menggunakan minyak ini dalam hidangan mereka.

BACA JUGA :   Kursk State Medical University Menawarkan yuran Secara Lock-Fee

Minyak ini hanya boleh didapati di mana-mana kedai di Volgograd dan pastinya merupakan cederamata yang akan diingati.

Muzium Panorama Panorama Stalingrad

Muzium ini bukan sahaja dilengkapi dengan pameran, malah jentera, pakian seragam, sebahagian kapal terbang termpur yang masih dipelihara dan juga foto serta surat yang masih dipelihara dengan baik.

Di luar muzium pula, anda akan dapat melihat pameran kereta kebal yang sebenar, namun anda adalah dilarang sama sekali untuk memanjatnya.

Sejarah Rumah Pavlov

Rumah ini wujud semasa Perang Dunia Ke-2 dan merupakan lambang keberanian dan ketahanan tentera Rusia.

Mereka turut menggelarnya sebagai kubu kerana sangat sukar bagi musuh untuk melepasinya. Kesan bedilan dan peluru yang terdapat pada rumah tersebut meyakinkan bahawa wujud peperangan di kawasan ini.

Nikmati Pelayaran Atas Cruise Di Volga

Anda boleh memilih tempoh masa yang anda mahukan di atas cruise ini. Namun anda juga boleh menghabiskan semalaman di sana dengan menikmati pelbagai aktiviti yang dilakukan di atas cruise tersebut.

Namun, bagi anda yang mahukan “me time”, anda juga boleh ahnya duduk di tebing-tebing sungai Volga.

Abadikan Gambar Dengan Pokok Poplar

Pokok ini tumbuh di Volgograd Heroes Alley dan merupakan satu-satunya pokok yang selamat semasa Perang Dunia Ke-2.

BACA JUGA :   Menarik di Bangladesh

Tambahan pokok ini merupakan “saksi” Perang Dunia Ke-2 yang masih hidup hingga kini walaupun pernah terkena peluru ketika peperangan.

Danau Elton

Danau ini merupakan keajaiban semulajadi dan merupakan permata di Volvograd. Tambahan, danau ini merupakan dnau air masin terbesar di Eropah yang mempunyai keluasan 152 kilometer persegi.

Danau ini terletak di Taman Semulajadi Eltonsky.

Berikut merupakan antara “to-do-list” sepanjang anda berada di Volvograg, Rusia. Namun anda juga boleh berkunjung ke tempat lain yang menarik di sekitar Rusia.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Rusia

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

 

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here