Taman Tasik Titiwangsa dibuka kembali semalam, 15 Disember,  buat warga kota yang inginkan kedamaian di hujung minggu bersama keluarga.

Taman ini mula dibuka selepas setahun ditutup untuk penambahbaikan yang dikendalikan oleh Penyelenggaraan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tambahan, taman ini akan dibuka bermula jam 6 pagi hingga 10 malam pada setiap hari. Majlis perasmian akan diadaka pada tahun 2020 walaupun telah dibuka terlebih awal kepada orang awam.

 

Tarikan Terbaru 

Selepas penambahbaikan, terdapat beberapa tarikan baru yang diwujudkan di taman rekreasi ini.

Antaranya termasuklah Kanopi Banjaran Titiwangsa, Laman Kerawng, Taman Air Kanak-Kanak, dan juga Taman Permainan Kanak-Kanak. Taman ini adalah sesuai dikunjungi oleh semua lapisan umur.

BACA JUGA :   KENALI UBAT ANDA: MENGANTUK ATAU TIDAK?

Selain itu, golongan autistik dan cerebral palsy juga digalakkan berkunjung ke ta

man ini kerana suasananya yang tenang dan nyaman sangat sesuai dengan mereka.

Lokasinya yang terletak di tengah-tengah kota bandaraya menjadikannya lokasi yang sangat strategik dan tumpuan umum.

Pemandangan mataghari terbenam di jeti tasik sangat memukau. Jeti, rumah bot dan pusat informasi juga sudah dinaiktaraf untuk kegunaan orang awam.

Lari Dari Hiruk Pikuk Kota

Sebelah malam, sudut Banjaran Titiwangsa disinari dengan cahaya lampu yang indah di sepnjang canopy walk yang dibina di atas pelantar kayu sepanjang lebih 100 meter.

Pelbagai jenis pokok juga ditanam di taman ini seperti pokok pain dan ru. Di sepanjang Laman Kerawang, anda akan terbau dengan bauan bunga seakan bunga kemujning yang ditanam seperti bentuk puzzle di taman berkenaan.

BACA JUGA :   Peningkatan Mendadak Kes COVID-19.

Persekitaran taman ini bukan sahaja mampu menarik warga tempatan, malahan warga dari luar negara juga.

Sejujurnya, taman ini sangat sesuai untuk keluarga beriadah. Selain dari aktiviti yang terdapat di taman ini, anda juga boleh meluangkan masa membaca ditemani dengan suasana yang nyaman.

Daulah Ilmi PLT menawarkan buku yang dijual dengan diskaun serendah 30%. Terdapat pelbagai buku yang anda boleh pilih di sini

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here