Bandar St. Petersburg adalah antara destinasi pelancongan yang mesra Muslim. Bagi anda yang berhajat ingin melancong ke bandar ini, jangan risau, terdapat banyak restoran halal dan masjid di sekitar bandar ini.

Kali ini, Deenamik akan berkongsi mengenai beberapa restoran halal yang terdapat di sekitar St. Petersburg.

Halal Cafe Brat

Lokasi kafe ini terletak di tengah-tengah bandar St. Petersburg. Cafe ini dibuka dari jam 11 pagi hingga 11 malam. Makanan yang ditawarkan di kafe ini adalah makanan khas dari Chechnya dan Ingushetia.

Antalya Cafe

Kafe ini menyajikan makanan tradisional Turki yang diberi nafas moden. Tambahan kafe ini juga menawarkan menu khas makanan khas Rusia, yang menggunakan bahan-bahan yang halal.

Rekaan dalaman restoran ini juga bercorak seperti restoran-restoran di Anatolia seperti Di Turki.

Cafe Armudu

Restoran ini berada di daerah Petrogradskaya yang hanya kira-kira 10 minit berjalan kaki dari Masjid St. Petersburg. Lokasinya terletak di Jalan Siezhinskaya dan menyajikan makanan dan kuih muih tradisional dari Rusia.

BACA JUGA :   KEPUTUSAN UPU DAH KELUAR TAPI BUKAN BIDANG YANG DIMINATI? APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?

Cafe Khalol

Cafe ini terletak di Jalan Apraksin dan menawarkan makanan Uzbekistan. Terdapat surau di dalam kafe ini dan sering menjadi pilihan para pelancong Muslim. Tambahan makanan dan harganya juga sangat sedap dan berpatutan.

Zoloty Dvor

Restoran ini sangat sesuai jika anda mahu mengadakan jamuan keluarga. Terletak di Belevsky Avenue. Restoran ini menyajikan menu khas dari Timur Tengah dan juga beberapa menu dari negara Eropah yang menggunakan bahan yang halal.

Oh Mumbai Restaurant

Bersesuaian dengan namanya, restoran ini menyajikan menu-menu khas dari India seperti kari. Reatoran ini juga menawarkan makanan dari Eropah Timur dan juga Rusia. Namun, restoran ini hanya menerima pembayaran tunai sahaja.

Marketplace

Restoran ini menyajikan banyak makanan khas dari Asia. Antaranya ialah makanan dari Indonesia. Bagi pelancong Malaysia yang tidak boleh hdup tanpa nasi, restoran ini sangat sesuai untuk anda.

Navruz Restaurant

Restoran ini menawarkan makanan khas dari Eropah dan Uzbekistan. Rekaan dalaman restoran ini dihiasi dengan keindahan seni kaligrafi. Tambahan, di setiap menu akan ditulis mana satu makanan yang halal.

BACA JUGA :   Jom Sambung Bidang Perubatan di Medical University of Lodz, Poland

Anda tidak perlu risau dan berasa was-was dengan persekitaran di St. Petersburg. Aura Islam sudah tersebar dengan meluas di negara tersebut dan rakyatnya juga sudah menerima baik kedatangan Islam.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Rusia

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here