Tahun 2020 dijangkakan bakal membawa sedikit cabaran dalam segi ekonomi dunia. Namun, ekonomi Malaysia dijangka akan berkembang dengan sederhana pada kadar 4.5 peratus.

Tekanan Inflasi

MIDF Research meramalkan penurunan dalam permintaan global, peningkatan risiko geopolitik dan kekurangan momentum pertumbuhan ekonomi negara kuasa besar ekonomi dunia terutamanya Amerika Syarikat, China dan Eropah.

“Tekanan inflasi pada tahun hadapan dijangka meningkat secara mendadak kepada 2.4 peratus ekoran dasar kerajaan dalam subsidi petrol,”.

Tambahan, perkembangan baru dalam senario geopolitik menunjukkan pasaran modal yang mencabar dalam beberapa waktu ini.

Reformasi kawal selia dan pembinaan semula projek mega seperti ECRL akan menimbulkan ketidakpastian. Seterusnya akan menjejaskan sentimen para pelabur dan mengakibatkan peningkatan volatiliti dalam pasaran ekuiti tempatan dan pasaran serantau.

BACA JUGA :   Nikah Online Pertama Di Malaysia

Pasaran Saham

Pasaran saham Malaysia menyaksikan aliran keluar sebanyak RM11.69 pada 13 Disember 2019 iaitu jualan dana pelabur asing yang direkodkan sebanyak 34 minggu.

Namun, penurunan dalam pemegangan saham asing di pasaran tempatan adalah marginal.

“Pasaran-pasaran lain di rantau Asia juga telah mula menunjukkan aliran keluar dana pelabur asing yang meningkat pada separuh kedua 2019,” jelas MIDF Research.

Di sebalik kebimbangan terhadap prestasi perdagangan luaran, MIDF Research menjangkakan sektor-sektor berasaskan komoditi untuk mengurangkan sebahagian daripadanya.

Untuk tahun 2020, MIDF Research menganggarkan harga komoditi global kekal pada tahap menguntungkan.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

BACA JUGA :   Merentas Ke Rusia Untuk Sambung Belajar Bersama Daulah Educonsult Sesi November 2020

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here