Siapa sahaja yang tidak mempunyai keinginan untuk mempelajari dan memantapkan bahasa arab di bumi Mesir atau lebih dikenali sebagai bumi para anbiya’? Pasti semua teringin belajar bahasa yang indah ini.

Mungkin anda rasa tidak layak untuk memasuki sekolah ini kerana anda tidak pernah belajar dalam bidang agama atau anda tidak ada asas bahasa arab. Tetapi anda begitu berminat untuk belajar dan mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam. Madrasah Daulah dapat membantu anda bagi kemasukan ke Maahad Buuth Islamiyah, Al-Azhar walaupun tidak mempunyai sijil SPM/STAM dan lain-lain.

Apa kelebihan belajar di Mesir , dan lebih-lebih lagi di sekolah menengah antarabangsa ini? Ada beberapa kelebihan bagi para pelajar yang menuntut ilmu di Maahad Buuth Al-Azhar, Mesir, diantaranya adalah.

#1. Pengajian yang meliputi ilmu syarak dan ilmu moden.

 

Di Madrasah Daulah pelajar akan mempelajari Tahsinul Quran, Tahfizul Quran, Talaqqi Dalaman, Talaqqi Kitab bersama Syeikh, Pengajian Umum, Pengajian Bahasa Arab dan Program Study Tour sementara menunggu nama pelajar naik (dalam tempoh 1-2 tahun) untuk ujian kemasukkan ke Mahaad Buuth. Paling awal kenaikan nama adalah dalam tempoh 3 bulan ke 4 bulan sahaja.

Ujian tersebut akan menentukan pelajar Ke Mahaad Buuth Islamiyah (Sekolah Menengah) atau Dirosah Khossoh (Pra-Menengah). Pra menengah memfokuskan kepada pemantapan bahasa arab secara khusus.

#2. Pergaulan bersama-sama pelajar luar negara

Pelajar dari segenap pelusuk dunia. Justeru akan membantu para pelajar mematangkan diri dan mempertajamkan perbualan di dalam Bahasa Arab, serta dalam masa yang sama dapat bertukar-tukar pengalaman. Di Mesir, ramai pelajar Malaysia kita, jadi tak perlu risau sangat untuk hidup di negara Mesir ni.

Apa itu Program Madrasah Daulah?

Madrasah Daulah adalah sebuah program yang mengurus, membimbing  pelajar-pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth Al-Azhar (Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al-Azhar, Mesir) sebelun ke Universiti Al-Azhar, Mesir dalam aliran Pengajian Islam. Ia juga merupakan program persediaan awal bagi pelajar-pelajar sebelum kemasukan ke Maahad Buuth Islamiyah. Tempoh masa minimum 4 ke 6 tahun.

Pelajar akan mempelajari ilmu akademik sepanjang di Maahad Buuth Islamiyah, bagi membolehkan pelajar memasuki ke Universiti Al-Azhar bagi menyambung pula ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam. Tempoh masa di universiti adalah 4 tahun.

Bidang pengajian yang boleh dipilih adalah Bidang Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab. Program-program yang dirangkakan di dalam Madrasah Daulah amat bagus dalam membina keperibadian dan karakter yang berkualiti serta kemantapan ilmu yang akan dapat.

Sharing aktiviti pelajar-pelajar di Mesir dan Madrasah Daulah.

#3. Dapat memanfaatkan kelebihan berada di para ‘ulama’ dan ‘awliya’.

 

Membolehkan para pelajar untuk menghadiri kelas-kelas talaqqi di luar maahad, seperti di Masjid Al-Azhar dan Mudhayafah (pusat-pusat talaqqi) di sekitarnya. Memang berbaloilah kan dapat belajar banyak perkara dengan orang-orang yang pakar.

Berminat?

Pendaftaran ke Program Madrasah Daulah (Mesir) Sesi Jan/Feb 2020 Kini Dibuka ? ✨

Anda berimpian untuk mempelajari pengajian agama di universiti terunggul di bumi Mesir iaitu Universiti Al-Azhar? Kini anda boleh memohon tanpa menggunakan keputusan SPM mahupun STAM.

? Melalui program Madrasah Daulah, anda akan dibantu untuk memasuki Maahad Buuth (Sekolah Menengah Al-Azhar) seterusnya ke Universiti Al-Azhar.

Madrasah Daulah terbuka kepada pelajar lelaki atau perempuan berumur tidak melebihi 21 tahun yang mempunyai azam yang tinggi untuk belajar bidang agama dengan lebih mendalam.

Program ini diuruskan oleh pihak Daulah Educonsult di Kaherah Mesir.

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Atau anda boleh hadir ke pejabat kami yang beralamat di No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here