Negara China merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang paling ramai dan merupakan pemegang kuasa ekonomi dunia. Tambahan, negara ini mempunyai pelbagai destinasi pelancongan yang banyak dan menarik serta ekstrem.

Rekod Dunia Guinness

Negara China adalah pemegang rekod terbanyak dalam Rekod Dunia Guinness dan mereka menghantar hampir 2,000 permohonan pada setiap tahun. Antara salah satu destinasi percutian yang bakal menerima rekod baru dunia adalah skywalk berbentuk ladam kuda di Gunung Fuxi yang diperbuat dari kaca dan keluli seberat 3,000 tan.

Ianya dibina melalui jambatan yang lut sinar di curam yang berketinggian 360 meter yang telah dilancarkan pada bulan Jun 2018. Jambatan ini merupakan jambatan lingkaran kaca terpanjang di dunia yang mengatasi Skywalk Grand Canyon di Arizona Amerika Syarikat.

Diperbuat Dari Kaca

Terdapat sebuah lagi laluan berkaca yang dibina di Gunung Tianmen di Hunan yang mempunyai tiga buah laluan yang mengerikan.

Antaranya ialah Laluan Tebing Naga Berputar yang mempunyai ketebalan kaca 6.35 yang mengelilingi puncak gunung. Disini, para pelancong dapat menyaksikan Jalan Tongtian yang terkenal dengan 99 buah selekoh tajam dari ketinggian 1,400 meter.

Jambatan Kaca Gantung Terpanjang

Jambatan ini terletak di Hongyagu, Hebei yang turut mempunyai lantai kaca lut sinar sepanjang 488 meter pada ketinggian 218 meter. Kabel gantung yang dengan keadaan terhuyung hayang menyebabkan ianya menambahkan ketakutan.

BACA JUGA :   Jom Masuk Universiti Al-Azhar Melalui Madrasah Daulah !

Jambatan ini dibina menggunakan 1,077 panel kaca berketebalan 4cm yang menyambungkan dua puncak gunung di wilayah timur laut China. Pengunjung perlu memakai sarung kaki istimewa bagi melindungi lantai kaca dan terdapat beberapa pekerja yang ditugaskan untuk memantau aktiviti pelancong.

Pelantar Pandang Kaca Terbesar

Destinasi pelancongan yang gayat ini terletak di puncak tertinggi Jurang Shinlin. Para pelancong perlu melalui kereta kabel untuk sampai ke puncak.

Mendapat jolokan “piring terbang”, iainya dibina menggunakan aloi tiitanium yang digunakan untuk membina kapal terbang dan kapal angkasa sehingga boleh menanggung muatan seberat 150 tan.

Pendakian Gayat Gunung Huashan

Gunung ini mempunyai laluan pendakian yang paling bahaya di dunia. Gunung ini mempunyai lima puncak dan ianya sangat sesuai untuk pendaki yang profesional.

Setiap puncak diberi nama. Antaranya ialah Tebing Terjal Seribu Kaki, Rekahan Seratus Kaki, Rabung Naga Hitam dan Jalan Kayu Berubah dan lain-lain. Trek adalah di kawasan permukaan batu setinggi 2,090 meter dilengkapi dengan batang logam. Penghadang antara pendaki dan jurang hanyalah rantai kekisi nipis.

Laluan Kaca Retak

Laluan berkaca ini terletak di Taihang Timur dan pernah menjadi tular pada tahun 2017 apabila terdapat sebuah video yang menayangkan lntai yang dipijak retak.

Namun ianya hanyalah gimik dan memang sengaja diletakkan seakan-akan retak dengan niat ingin menakutkan pelancong. Tambahan, bunyi retakan juga turut ditambah bagi menambahkan perasaan ketakutan itu.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Sudah Membuka Tawaran Kemasukan Bagi Sesi 2021 Untuk Sambung Belajar Di Rusia

Tangga Menuju Langit

Beberapa anak tangga dipasanga menegak pada papan kayu yang sudah berusia. Papan-papan ini dilekatkan pada permukaan tebing. Namun, tiada peralatan keselamatan yang disediakan dan kesemua 170 anak tangga adalah sempit.

Jurang ini adalah setinggi 3,790 meter dan sebelum memulakan pendakian, persiapan mental perlu dioptimumkan.

Kesemua destinasi pelancongan di atas adalah berbahaya dan mempunyai risiko yang tersendiri. Namun bagi peminat sukan ekstrem, ini merupakan destinasi pelancongan yang sangat sesuai untuk anda.

Berminat melanjutkan pengajian ke negara China?. Daulah Educonsult ada membuka tawaran belajar dalam bidang pengajian perubatan tradisional Cina di Universiti Xi’an Jiaotong.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here