Indonesia merupakan negara yang mempunyai sedikit persamaan dengan kita dari segi bahasa, cuaca, budaya dan kedua-dua negara terletak dalam rantau yang sama iaitu di Asia Tenggara. Persamaan dari segi aspek ini memudahkan dua buah negara ini untuk saling berkomunikasi. Malah, Indonesia juga merupakan negara yang menjadi pilihan bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian ke luar negara. Hal ini kerana, lokasinya yang terletak tidak jauh dari Malaysia dan pelajar dapat pulang ke rumah dengan membayar tambang murah. Kemudian, pelajar juga tidak perlu risau tentang makanan halal kerana makanan halal senang didapati.

Pada hari ini, Deenamik ingin berkongsi tentang universiti yang terletak di Riau, Indonesia iaitu Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim. Universiti ini dikenali juga dengan nama UIN SUSKA dan terletak di Pekan Baru. Nama universiti ini bersempena nama sultan ke-12 atau sultan terakhir Kesultanan Siak Sri Inderapura.

BACA JUGA :   Belajar ke Madrasah Daulah Tidak Memerlukan Sebarang Sijil Pun

Bidang yang ditawarkan

Pasti kalian tertanya-tanya bidang apa yang ditawarkan di universiti ini, kan? UIN SUSKA menawarkan bidang pengajian Islam termasuklah bidang syariah dan ilmu hukum, usuluddin, dakwah dan ilmu komunikasi dan juga beberapa bidang lain.

Syarat kelayakan

Siapa yang layak untuk memohon?. Peluang ini terbuka untuk lepasan SPM, STPM/Diploma/Asasi/Matrikulasi atau setaraf. Permohonan juga dibuka kepada semua pelajar dari pelbagai aliran.

Berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Indonesia? Ayuh daftar bersama kami!

Daulah Educonsult bersedia memberikan khidmat nasihat bagi mereka yang memerlukannya, khususnya berkait dengan perihal pemilihan bidang pengajian dan institusi pengajian. Hubungi kami di talian:

Cik Athirah: 018-3949 480

Customer Service: 018-962 4322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here