Bagi anda yang menyukai keindahan dan ketegangan pulau, tetapi mahu yang berada di luar negara, Indonesia adalah pilihan yang tepat.
Di Indonesia, terdapat banyak pulau yang menarik dan juga cantik. Tambahan, lokasinya yang berdekatan dengan Malaysia juga memudahkan urusan pergi dan pulang.
Pulau Weh
Pulau ini merupakan pulau terbesar di Bandar Sabang, Acheh. Untuk pergi ke pulau ini dari tanah besar adalah kira-kira 1 hingga 2.5 jam dengan bot atau bot laju.
Jika anda berkunjung ke pulau ini, jangan lupa berkunjung ke lokasi pelancongan yang berdekatan juga. Antaranya ialah Tugu Nol Kilometer, Pantai Iboich, Pantai Sumur Tiga, Taman Sabang Fair, Goa Sarang dan juga Puncak Cot Bak Geuthom.
Pulau Sipora
Lokasinya terletak di kepulauan Mentawai, Sumatera Barat. Pulau ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Bagi anda yang meminati untuk luncur ombak, anda dicadangkan datang pada bulan April dan Oktober kerana ketika ini, ombak adalah besar.
Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah seperti berenang, menyelam, snorkeling atau bersantai sahaja di bawah sinaran mentari. Suasannya yang tenang dan nyaman pasti membuatkan anda berasa selesa di pantai ini.
Pulau Lengkuas
Pulau ini merupakan salah satu destinasi pelancongan di Bangka Belitung. Pulau ini mempunyai rumah api yang berwarna putih.
Pulau ini sangat sesuai untuk keluarga dan ianya juga merupakan hotspot untuk ber “ootd”.
Pulau Nias
Pulau ini didiami oleh kaum Nias dan mempunyai beberapa destinasi yang menarik. Antaranya ialah Muzium Warisan Nias yang mempunyai beberapa kampung orang Asli tertua di Indonesia.
Bagi pencinta luncur ombak, anda dicadangkan datang ke Pantai Lagundri dan Pantai Sorake yang mempunyai ombak yang kuat. Namun, jika anda mahu bersantai-santai sahaja, anda juga boleh ke Pantai Laowomari, Pantai Foa dan Pantai Gawu Soyo.
Pulau Onrust
Terdapat pelbagai bangunan di pulau ini yang mempunyai seni bina Belanda. Antaranya ilah Menara Keker. Terdapat juga pemandangan laut dan kapal di sekitar Pulau Onrust.
Terdapat juga Muzium Plaza yang menempatkan objek bersejarah Batavia. Terdapat kawasan perkuburan Belanda dan juga runtuhan bangunan yang masih berdiri teguh dan menjadi ikon di negara ini.
Pulau Pahawang
Pulau ini terletak di daerah Lampung yang kaya dengan destinasi pelancongan. Aktiviti luncur ombak dan bersnokeling juga sangat sesuai dijalankan di pulau ini.
Antara pulau-pulau kecil yang terdapat di pulau ini adalah Pahawang Kecil, Pahawang Besar dan Pahawang Kelagian yang mempunyai terumbu karang yang menjdi tarikan pelancong asing dan juga tempatan.
Pulau Derawan
Pulau ini mendapat jolokan “Nirvana Tropika di Kalimantan Timur”. Antara aktiviti popular yang dijalankan di pulau ini adalah snorkeling. Anda juga dapat menikmati tempat-tempat menarik seperti tasik obor-obor, kawasan pembiakan penyu, Gua Haji Mangku, Labuan Cermin Lake dan juga Pulau Gusung.
Pulau Misool
Terletak di Kepulauan Raja Ampat, Papua yang dikelilingi oleh lautan biru. Antara aktiviti menarik adalah melawat sekitar pulau dengan bot, berjemur, selam skuba dan juga snorkeling.
Anda juga boleh melawat beberapa pulau kampung yang terdapat di pulau tersebut lantas mempelajari adat dan budaya mereka.
Berikut merupakan antara pulau-pulau yang dapat anda kunjungi di sekitar Indonesia. Tambahan, jarak yang dekat antara Malaysia dengan Indonesia memudahkan anda untuk ke negara ini.
Daulah Ilmi PLT
Sambil anda menikmati tiupan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa, aktiviti meembaca juga sangat sesuai dilakukan. Tidak tahu hendak membaca bahan bacaan apa? Jangan risau. Daulah Ilmi PLT sedang mengadakan promosi jualan akhir tahun dengan menawarkan diskaun bagi setiap buku.