Isu komunikasi seringkali menjadi masalah utama ketika melancong ke luar negara. Tidak semua manusia di dunia ini mampu bertutur dalam bahasa Inggeris.

Disebabkan halangan itu, terdapat banyak aktiviti yang tidak dapat dilaksanakan. Misalnya, urusan jual beli dan bertanya arah.

Namun, anda tidak perlu risau lagi kerana dengan zaman yang serba canggih ni terdapat lambakan aplikasi yang dapat memudahkan urursan anda.

Deenamik ingin berkongsi sedikit info mengenai beberapa apliksi yang boleh menyelamatkan anda daripada masalah berkomunikasi.

Google Translate

Dengan lebih 500 juta pengguna, Google Translate memiliki pelbagai ciri yang sangat berguna un tuk anda. Aplikasi ini tidak memerlukan sambungan Internet.

Misalnya, anda hanya perlu menaip teks dalam bahasa  dan boleh menterjemahkannya dalam bahasa yang anda inginkan.

Anda juga boleh bercakap dan aplikasi ini akan menterjemahkan dalam bahasa yang anda inginkan.

Duolingo

Aplikasi ini menawarkan kemudahan dengan pertuturan dan perbualan harian yng ringkas. Ianya sangat berguna ketika anda melancong dan ingin berbual dengan penduduk tempatan menggunakan bahasa harian.

BACA JUGA :   Volvograd, Rusia - Bandar Tinggalan Perang Dunia Ke-2

Aplikasi ini dilengkapi dengan pelbagai bahasa dengan 200 juta pengguna aktif seperti bahasa Sepanyol, Perancis, Itali, Rusia dan sebagainya.

Hello Talk

Menawarkan lebih dari 100 bahasa, aplikasi ini mempunyai alat pembetulan tatabahasa.

Tambahan, ianya juga dilengkapi dengan ruang sembang dan juga panggilan audio secara percuma.

Triplingo

Aplikasi ini dilengkapi dengan penukaran mata wang, meklumat kecemasan, pengiraan tip dan juga info penting mengenai sesebuah negara yang anda kunjungi.

Menawarkan penterjemah suara dalam 19 bahasa, aplikasi ini membantu anda secara live namun memelukan sedikit bayaran untuk perkhidmatan ini.

Waygo

Sangat sesuai digunakan ketika melancong kerana aplikasi ini dapat mengetahui dan membaca tulisan. Ianya boleh digunakan untuk melihat bahan-bahan yang digunakan dalam sesuatu makanan.

Namun, aplikasi ini hanya terhad penggunaannya di beberapa negara Asia seperti China, Korea dan juga Jepun.

Waygo boleh diakses secara offline dan penggunaan kamera juga terlibat sama.

iTranslate

Aplikasi ini menggunakan teknologi pengecaman suara iaitu perbualan yang lancar antara pelancong dan juga penduduk tempatan.

BACA JUGA :   Destinasi Wajib Dikunjungi Di Rusia

Dilengkapi dengan lebih 100 bahasa, aplikasi ini memperkenalkan kamus visual dengan keupayaan untuk mencadangkan perkataan yang sesuai.

Dengan sedikit info ini, diharapkan pelancongan anda berjalan dengan lancar. Semoga masalah komunikasi yang dihadapi dapat diselesaikan menerusi beberapa aplikasi di atas.

Selamat mencuba.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here