Francais filem Harry Potter yang diadaptasi dari novel yang ditulis oleh J.K.Rowling ini sejujurnya mempunyai peminat yang tersendiri. Filem ini juga kerap mendapat rating yang tinggi dan turut mendapat rekod blockbuster di pawagam.

Selepas filem terakhirnya, Harry Potter and the Deathly Hollows pada tahun 2011, fenomena filem ini masih lagi terasa.

Antaranya adalah pembukaan pelbagai temmpat tarikan menarik yang diilhamkan dari filem fiksyen ini. Antara yang popular adalah taman tema, kafe, teater dan sebagainya.

Deenamik ingin berkongsi beberapa tempat menarik yang diilhamkan dari filem ini yang terdapat di serata dunia.

Universal Studios Japan

Taman tema ini menawarkan pelbagai tarikan berkenaan dengan filem Harry Potter ini. Antaranya ialah Wizarding World of Harry Potter yang menawarkan kedai sihir, Ollivander dan sebagainya.

Terdapat juga Harry Potter & The Forbidden Journey serta bahagian Fight of the Hippogriff.

Warner Brothers Studio UK

Jika anda berada di London, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini kerana Warner Brothers Studio ini menawarkan aktiviti jelajah Warner Bros.

Aktiviti ini memakan masa selama hampir 7 jam dengan menaiki koc yang disediakan untuk ke Oxford.

BACA JUGA :   Kursk State Medical University Buka Kemasukan Sesi November 2020.

Teater Broadway New York

Persembahan teater yang diadakan di sini adalah yang paling popular. Teeater Harry Potter & The Cursed Child ini adalah hasil dari adaptasi file, sekuel Harry Potter.

Teater ini mengisahkan mngenai anak lelaki Harry dan Ginny kira-kira 19 tahun selepas berkahirnya novel ketujuh Harry Potter.

New College Oxford, UK

Seni bina kolej yang terdapat di United Kingdom ini persis seperti Hogwarts School. Anda akan berasa seolah-olah berada di lokasi penggambaran filem tersebut.

Selain boleh bergambar sebagai kenangan, anda juga akan diceritakan mengenai kisah menarik Harry Potter.

Kafe Platform 9 1/2 Ipoh, Perak

Filem Harry Potter juga ada peminatnya di Malaysia. Sebagai buktinya, terdapat sebuah kafe yang berkonsepkan Harry Potter di Ipoh, Perak.

Suasanya seperti di Daigon Alley. Antara menu yang menarik disini adalah seperti aiskrim Butterscotch dan Butterbrew yang diilhamkan dari filem tersebut.

Terdapat juga beberapa penjuru yang membolehkan anda mengabadikan gambar yang berlatarbelakangkan filem tersebut.

Berikut merupakan antara tarikan-tarikan Harry Potter yang terdapat di dunia termasuklah di Malaysia. Filem ini mengajarkan banyakm budaya postif dan mesej yang berguna untuk diamalkan dalam kehidupan.

BACA JUGA :   Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Berikrar Akan Meletakkan Jawatan

Masih belum terlambat untuk Deenamik mengucapkan selamat menyambut Hari Natal kepada yang meraikannya.

Namum, jika anda teringin untuk merasai sendiri kemeriahan sambutan hari Natal di luar negara, sedikit cadangan, anda boleh melanjutkan pengajian ke luar negara.

Daulah Educonsult membuka peluang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara dalam bidang yang diminati pada tahun 2020.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here