Gerhana Matahari Cincin atau Gerhana Matahari Anulus merupakan peristiwa yang jarang sekali berlaku. Kali terakhir adalah pada 22 Ogos 1998 di Mersing Johor.

Tahun ini, pada 26 Disember 2019, fenomena ini datang lagi. Lokasi yang sesuai untuk melihat keajaiban ini adalah di Tanjung Piai, Johor dan juga Serian, Sarawak.

Pengarah Planeterium Negara Anita Bahari dilaporkan berkata sebelum ini bahawa, fenomena alam yang berlaku setiap 20 tahun. Kali ini hanya berlaku di dua kawasan tersebut sahaja kerana pada ketika itu kedudukan bulan, bumi dan matahari adalah selari.

Tambahnya, fenomena tersebut berlangsung pada jam 11.26 pagi (fasa pertama) dan menghasilkan Anulus (fasa empat) tepat jam 1.21 petang di Tanjung Piai. Manakala di Serian bermula jam 11.49 pagi dan menghasilkan gerhana penuh pada jam 1.46 petang.

BACA JUGA :   Rider Safer Diperlukan Segera ! - Penghantaran Makanan & Barangan

Fenomena ini berlaku apabila bulan bergerak tepat di hadapan matahari dan kedudukan bulan pula berada sedikit jauh dari bumi. Akibtanya, saiznya mengecil dan tidak dapat menutup keseluruhan matahari. Maka terjadilah gerhana matahari cincin ini.

Solat Sunat Gerhana

Pada hari ini, pelbagai masjid dan surau telah mengadakan majlis sunat gerhana matahari di seluruh negara.

Masjid Negara turut bekerjasama dengan Planetarium Negara dengan mengadakan Solat Sunat Khusuf yang dilakukan secara berjemaah.

Anda dinasihatkan menggunakan kaedah yang betul untuk menyaksikan gerhana ini. Hal ini demikian kerana cahaya matahari ketika ini amat terang dan juga berbahaya.

Fenomena yang terjadi ini adalah lambang kekuasaan Allah S.W.T. Ianya mengingatkan kita bahawa agar sentiasa ingat bahawa Allah itu Maha Pencipta.

BACA JUGA :   Pengajian Di Al-Azhar Tanpa STPM/STAM

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here