Hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2019. Pada hari esok, kita bakal lalui tahun 2020. Oleh itu, sudah bersediakah mental dan fizikal anda untuk melalui tahun 2020 yang seba mencabar ini?

Cita-cita kerajaan 30 tahun lepas yang berimpian menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020, mungkin  akan mengambil sedikit masa. Bukan hanya Perdana Menteri dan Menteri-Menteri yang perlu bekerja keras memajukan negara. Kita sebagai rakyat Malaysia juga perlu berubah ke arah yang jauh lebih baik dari sekarang.

Tinggalkan imaginasi kereta terbang dan robot sebagai pembantu rumah. Ayuh kita berdepan dengan realiti yang bakal di tempuh pada tahun 2020.

Kompaun & Denda Dikenakan Kepada Perokok Di Premis Makanan

Perokok yang ingkar dengan peraturan ini akan dikenakan tindakan penguatkuasaan jika tetap memilih untuk merokok di kawasan premis makanan.

Perokok boleh amalkan “3 meter ” untuk menghisap rokok.

Program Sarapan Percuma (SBP)

Program ini akan bermula seawal jam 7 pagi hingga 8.30 pagi. Program ini akan dikenakan di sekolah rendah sahaja. Tambahan pada jam 12 tengah hari hingga 4 petang pula bagi sekolah sesi petang.

RON95 Naik 1 atau 2 Sen Setiap Minggu

Harga petrol RON95 akan naik secara berperingkat sebaik sahaja Program Subsidi Petrol (PSP) yang akan dilaksanakan bermula Januari tahun 2020.

Manakala bagi Sabah dan Sarawak pula akan menikmati subsidi petrol secara pukal iaitu pada harga runcit semasa.

Program Subsidi Petrol (PSP) Bersasar

Kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan secara tunai ke akaun penerima setiap 4 bulan sekali.

BACA JUGA :   Nikmati Angin Pantai Di Padang, Indonesia

Kadar subsidi yang dikenakan adalah sebanyak RM30 untuk kereta dan RM12 untuk motosikal.

Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (CRS)

Penggunaan CRS adalah diwajibkan penggunaannya untuk keselamatan kanak-kanak. Namun tiada saman yang akan dikenakan sekurang-kurangnya bagi enam bulan pertama.

Pekerja Asing Wajib Didaftarkan Dengan PERKESO

Majikan adalah diwajibkan mendaftar pekerja asing di bawah Skim Bencana Kerja Pekerja Asing (SBKPA) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKSO).

Gaji Minimum RM1,200 Sebulan di 57 Bandar Utama

Kadar gaji minimum akan dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandar raya dan majlis perbandaran.

Sistem Cukai Petak Di Kuala Lumpur

Pelaksanaan ini kan dijalankan bermula 1 Januari 2020 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan golongan B40 akan menikmati kadar tetap RM15 setahun bagi hak milik pajakan.

Bagi pegangan hak milik kekal pula adalah sebanyak RM20 setahun.

Cukai Perkhidmatan Digital 6%

Pelaksanaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan asing akan dijalankan. Antaranya termasuklah perisian, muzik, video dan juga pengiklanan digital.

Rakyat Sarawak Nikmati Air Percuma

Menurut Kementerian Uitliti, Sarawak akan menikmati air secara percuma bagi RM5 pertama bil air domestik yang bersamaan dengan 11,300 liter air percuma.

RFID Di Plaza Tol, Lebuh Raya Sistem Tol Terbuka

Pelaksanaan kutipan tol yang menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan dilaksanakan di 62 plaza tol. Dan juga lebuh raya sistem tol terbuka bagi kenderaan kelas 1.

Suntikan Penumococcal Secara Percuma

Suntikan ini akan diberikan secara percuma dengan peruntukan sebanyak RM30.6 bilion kepada KKM dengan RM60 Juta sebagai permulaan.

BACA JUGA :   Kemasukan Terhad di Madrasah Daulah

Suntikan ini akan diberikan kepada bayi yang lahir pada tahun 2020.

Larangan Penggunaan Straw Minuman Plastik

Larangan ini adalah berkuatkuasa kepada semua premis makanan yang mempunyai lesen perniagaan.

Pulau Pangkor, Pulau Bebas Cukai

Pulau Pangkor akan diiktiraf sebagai zon bebas cukai kecuali bagi minuman keras. Namun kerajaan negeri tersebut masih menimbangkan sama ada mahu membenarkan rokok bebas cukai atau tidak.

Kadar Tol Kereta Di Jambatan Pulau Pinang Dikurangkan

Kadar tol bagi kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dikurangkan kepada RM7.00 daripada RM8.50.

Kenaikan Elaun Anggota RELA

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam dengan jumlah peruntukan tambahan sebayak RM26 Juta.

Penggiat Seni Nikmati Manfaat KWSP, PERKESO

Penggiat seni seperti pelakon, jurusolek, krew produksi dan sebagainya akan menikmati manfaat KWSP dan PERKESO bergantung kepada gaji dan polisi insurans mereka.

Isi Rumah Bawah RM4,000 Terima Air Percuma Selangor

Hanya isi rumah berpnedapatan RM4,00 kebawah sahaja yang akan menikmati Skim Pemberian Air Percuma yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor bermula 1 Mac 2020.

Penduduk yang layak boleh mendaftar hari ini, 31 Disember 2019.

Deenamik ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2020 dan semoga kita semua mejadi insan yang lebih berguna untuk diri sendiri, bangsa dan juga agama serta negara Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here