Sebagai wanita, terutama yang bertudung sudah tentulah mempunyai koleksi tudung yang pelbagai warna. Namun sedarkah anda bahawa tidak semua warna sesuai dengan kulit.

Pemilihan warna tudung dengan warna kulit sangat memainkan peranan, sama ada makin menyerlah atau semakin “tenggelam”.

Mari bersama Deenamik akan kongsikan kepada wanita di luar sana tips memilih warna tudung yang bersesuaian dengan warna kulit.

Namun sebelum itu, anda perlu tahu, warna kulit anda.

Kulit Putih / Cerah 

Golongan berkulit cerah ini memang sesuai untuk menggayakan perlbagai jenis warna tudung. Namun harus dihindari warna-warna pastel yang terlalu lembut seperti baby blue, soft green dan kuning cair. Hal ini kerana akan menyebabkan muka si pemakai pucat.

Antara warna-warna yang sesuai untuk orang yang berkulit cerah adalah warna-warna solid seperti hijau, merah, hitam dan juga biru.

Kulit Sawo Matang

Warna gelap dan warna pastel adalah pilihan yang terbaik. Antra warna yang sesuai adalah seperti warna lavendar dan maroon yang akan membuatkan anda lebih menyerlah dan menawan.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pengajian di Universiti Pertanian Bangladesh

Anda juga boleh mengelak untuk menggayakan warna-warna yang seakan-akan warna kulit seperti coklat dan juga warna yang terlalu terang seperti kuning.

Kulit Kuning Langsat

Bagi anda yang memiliki warna kulit seperti ini, anda sesuai untuk menggayakan tudung jenis warna cerah seperti kuning atau biru cair.  Warna ini dapat menaikkan seri muka anda dan kulit kelihatan lebih segar.

Warna yang anda perlu elak adalah warna oren atau warna krim kerana akan menyebabkan kulit and bertambah pucat.

Kulit Gelap

Orang yang memiliki warna kulit ini bukan tidak cantik. Namun lebih manis jika pandai memilih untuk menggayakan warna tudung yang sesuai dengan warna kulit.

Antara warna yang sesuai adalah warna-warna pastel. Anda juga perlu hindari warna-warna kusam dan malap seperti hitam, coklat dan juga oren gelap yang akan membuatkan kulit anda bertambah gelap.

BACA JUGA :   Mesir Tawar Bidang Pengajian Pergigian

Namun, jika anda mahu juga menggayakan warna tudung mengikut citarasa anda, lakukan. Yang penting, harus yakin dengan pilihan tersebut.

 

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Bersama Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here