Penginapan ketika sedang bercuti dan melancong adalah sangat penting. Hal ini kerana seharian anda bersiar-siar, dengan badan yang penat, sememangnya inginkan penginapan yang selesa.

Namun tahukah anda, bukan hanya keselesaan menjadi perkara penting, namun keunikan sesebuah hotel itu melambangkan imej dan konsep yang dibawa.

Bersama Deenamik akan menyingkap beberapa hotel di Indonesia yang menggunakan konsep unik di hotel mereka.

The Bubble Hotel Bali

Bali adalah salah satu destinasi paling popular di Indonesia. Hotel ini mempunyai sistem yang agak unik di mana anda hanya akan mengetahui lokasi hotel tersebut selepas anda melengkapkan tempahan hotel.

Anda akan menginap di dalam sebuah bubble yang besar dan akan disajikan dengan pemandangan lautan dan pantai di Bali.

Padjadjaran Skylodge Purwakarta

Hotel gantung pertama yang terletak di tebing ini merupakan yang pertama dan tunggal di Indonesia. Hotel ini berada di ketinggian 500 meter di tebing Gunung Parang, Purwakarta, Jawa Barat.

Kemudahan di dalam hotel ini juga lengkap seperti hotel yang lainnya. Untuk ke hotel ini, anda perlu menggunakan tangga besi untuk mendaki. Adakah anda cukup berani untuk menginap disini?

BACA JUGA :   Tips Untuk Mempelajari Bahasa Asing Dengan Cepat

Mara River Safari Lodge

Hotel ini menawarkan penginapan bersama dengan zebra, rusa dan badak. Hotel ini sangat sesuai untuk menginap bersama dengan keluarga.

Setiap kediaman mempunyai teres terbuka yang menghadap ke kawasan taman di mana nda boleh melihat haiwa-haiwan tersebut secara langsung.

Terdapat lebih 38 bilik dengan kemudahan hotel yang bertaraf empat bintang.

Firefly Eco-Lodge

Pernah terfikir untuk menginap di dalam sarang burung? Imaginasi anda boleh menjadi kenyataan jika anda menginap di hotel ini.

Hotel ini menyediakan bilik yang menyerupai rumah burung bertingkat yang dibina dengan menggunakan konsep yang menyerupai rumah burung bertingkat.

Bilik yang ditawarkan tidak mempunyai pintu dan anda akan berasa seperti duduk di dalam sarang burung yang sebenar. Anda perlu memanjat tangga untuk masuk ke dalam bilik ini.

Del Nomad

Hotel ini menyediakan dua jenis penginapan yang unik iaitu rumah mudah alih dan juga caravan.

Semua jenis bilik mempunyai kemudahan bilik yang lengkap dari bilik mandi, peralatan mandian, penghawa dingin dan juga ke peti deposit keselamatan.

Bagi karavan, anda boleh memilih untuk tinggal di rumah karavan berbentuk mini di kawasan perkhemahan.

BACA JUGA :   Ketahui Bidang Pengajian Di Bangladesh Yang Diiktiraf Agensi Kerajaan Malaysia

Bayangkan, anda dapat bangun tidur dengan pelbagai pemandangan yang berbeza pada setiap hari.

Jika berkunjung ke Indonesia, anda boleh mencuba untuk menginap di hotel-hotel di atas. Tambahan, budaya yang lebih kurang sama, memudahkan rakyat Malaysia cepat berasa selesa semasa menginap disini.

Indonesia juga mempunyai beberapa universiti yang bertaraf antarabangsa dan menjadi pilihan popular pelajar dari Malaysia untuk melanjutkan pengajian.

 

Berminat Melanjutkan Pengajin Ke Indonesia

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here